Cemburu kulihat sang pungguk memadu rindu dengan sang
bulan.Cemburu ku lihat sang helang terbang berdua-duaan.Cemburu juga aku pada
si belangkas yang hidup berkasih-sayang.Tapi aku terus kepiluan.Hawa yang
diciptakan untuk kaumku bukan lagi Hawa yang dulu.
Aku terbang bebas dalam duniaku.Ibarat sang helang yang
gagah melebar sayap di ufuk timur,berani.Ku ibaratkan kau Hawa umpama sayap
kiriku ini.Lantaran tinggi nilaimu di hati lelaki.Ku terbang setinggi-tingginya
meredah awan,tanpa ada tembok yang membatasi,tanpa ada dinding yang
menghalang.Tatkala sesekali,bayu kencang menerjah,kuterbang rendah.
Hawa,
Bukan ku tewas dengan bayu nan kencang.Biarpun aku
umpama helang yang gagah perkasa dan raja udara yang unggul di
awanan.Namun,andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat,aku tak
mampu menongkah ribut yang menggila mengikut haluanku.Berat untukku
menghadapinya dengan sayap kanan cuma.Kau tahu Hawa,aku jadi derita.
Hawa,
Kuteruskan jua perjalanan dengan ketabahan.Ku bawa
bersama dalam kepayahan.Kau memarahiku kerana egoku.Kau leteri semahumu.Tanpa
kau dengan kalamku.Andainya hilang ego lelaki,maka musnahlah dunia tanpa
kepimpinan.Kerana ego mencipta karisma dan kewibawaan.Namun,tatkala egoku
menjadi egoisme,maka disitu aku perlukan teguran.Kuharapkan kritikan serta
pesanan berpanjangan,agar ku tetap terbang di awanan,menjadi jaguh helang
terbilang.Tapi,tafakurku sejenak di pepohinan,kenapa kau tidak lagi menjadi
hawa yang dulu??
Hawa,
Ku sedar,kehadiranmu kupinta di syurga keran ku akur
tiada nikmat yang boleh menandingi keistimewaanmu.Kau diciptakan indah,bukan
daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan dari kaki untuk dipijak dan
dijadikan hamba sahaya,tapi daripada rusukku,dekat dengan dada untuk
dilindungi,dekat pula dengan hati untuk disayangi.
Hawa,
Dulu,kuperlukanmu sebagai teman berbudi.Menemani tugas
beratku sebagai khalifah di bumi.Kaulah creminku yang sentiasa memuhasabah
diri.Tapi,kini keindahanmu yang sering kupuja,kau salah erti.Kau tamil
menghiburkan dunia dengan susuk tubuh yang menggiurkan.Kaumku kekaburan,matanya
bertelanjang.Hatinya lemas ditelan keasyikkan.Ah,memang kaumku suka mengambil
kesempatan!!!Tapi,kenapa kau jual dirimu bak barang pameran???Dimana hilang
malumu yang menjadi hias pakaian???Tidakkah kau tahu,tubuhmu yang montok
menjadi hidangan enakbuat mata,racun pada jiwa.Aku bisa terhumban keneraka
kerananya.Kau gunakan keistimewaanmu untuk menggoda,air matamu untuk melemahkan
iman.Oh Hawa,aku rindukan Hawa yang dulu!!!Malu,terjaga,terpelihara...
Hawa,
Kutahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok,perlu
hati-hati untukku luruskan.Lantaran itu,ku datang bukan untuk menunjuk
cengkamankuku tajam dikaki,bukan juga mengugut dengan paruh berbisa,tapi supaya
direnung bersama bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri.Dengarlah
bisikan kasihku,sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu,sesuci Maryam,seteguh
Asiah,setulus Khadijah,setabah Fatimah.Merekalah lambang kemuliaan insan
bernama Hawa.
Hawa,
Namamu indah,biarpun dimana,di segenap jiwa,
kaulah ibu,terukir kasih di setiap dada,
kaulah kekasih,dirindui saban ketika,
kaulah puteri,pengubat duka,penyejuk mata,
kaulah adik,pemberi semangat paling berguna,
kaulah mukminah,terukir indah di setiap dada,
ketahuilah Hawa,
kau kupuja,
kerana rahim lembutmu melahirkan kaumku yang berhati
waja,
kerana ayunan lembut tanganmu,membesarkan aku dengan
terjaga,
kerana kewanitaanmu,taman hidup tempat cintaku
berbicara,
kerana kaulah ladang tanaman,taman nafsuku yang bergelora,
kerana kau adalah hiasan,paling indah dari dunia
seisinya.
Maka,kudatang padamu Hawa,membawa ubat dengan penuh
cinta.Ubatilah dirimu agar ku dapat terbang menguasai angkasa dan alam dengan
kedua-dua sayapku yang kuat dan mantap agar bukan sahaja ku dapat menongkah
angin nan kencang bahkan sayapku kibar penuh bangga,mencipta taufan...

No comments:
Post a Comment