Halwa Telinga

https://r3---sn-uphxqvujvh-30al.googlevideo.com/videoplayback?sparams=dur%2Cid%2Cinitcwndbps%2Cip%2Cipbits%2Citag%2Cmime%2

Friday, 19 September 2014

KABIR 1

Ayuhai hambaku
Di mana kau mencariKu
Aku bukan di tokong, bukan di masjid
Bukan di Kaabah, bukan di langit
Bukan dalam upacara ibadah, bukan dalam yoga
Bukan dalam khalwat, bukan dalam kata-kata
Jika engkau benar mencariku
Serta merta kau lihat Aku
Kabir berkata: “Wahai saudaraku
Allah itu nyawa bagi semua nyawa”




HURAIAN 1
Dalam sajak ini Kabir menyatakan kepada kita tentang Ketuhanan. Beliau maksudkan dengan perkataan ‘Aku’ dalam sajak ini ialah Allah itu sendiri. Allah itu bukan tertakluk kepada ruang dan waktu dan tidak terkandung oleh apa jua. Dia Maha Tinggi iaitu tidak tercapai oleh fikiran dan tanggapan kita. Dia Maha Suci iaitu tidak ada cacat cela dan tidak ada satu pun seumpamaNya. Pada hakikatnya Allah itu yang menakluki ruang dan waktu dan meliputi segala sesuatu.
Walaupun Dia Maha Tinggi dan Maha Suci, namun kita boleh melihatNya melalui penzahiran (Manifestasi) Nya dan peraaan jiwa kita tetap mengakui adanya Allah. Kesedaran batin kita tetap merasai kebesaran dan keagungan Allah itu. Adalah naluri semula jadi hati manusia mengakui adanya Allah. Orang-orang kerohanian atau sufi percaya bahawa Allah iti Maha Hampir dan meliputi segala diri dan alam semesta raya ini. Kata mereka yang berpengalaman dalam bidang ketuhanan, sebenarnya Allah itulah yang lebih nyata dari segala yang nyata. Di mana engkau memandang di situlah wajahNya. Dia terzahir dalam segala sesuatu dan ini dapat disedari melalui kesedaran jiwa (ma’rifat).

Kabir berkata bahawa Allah itu nyawa bagi segala nyawa. Allah itu bersifat hidup dan menghidupkan. Segala yang bernyawa itu hidup dan yang menghidupkan segala mereka itu ialah Allah. Dialah sumber hidup. Hidup atau ruh itulah bayangan Yang Maha Hidup (Allah) itu.

No comments:

Post a Comment