Halwa Telinga

https://r3---sn-uphxqvujvh-30al.googlevideo.com/videoplayback?sparams=dur%2Cid%2Cinitcwndbps%2Cip%2Cipbits%2Citag%2Cmime%2

Monday, 27 October 2014

Ketenangan

Hati terkesan dengan kata-kata yang ditajalliNya melalui Mursyidku ini.

“Menjadi tenang hati tatkala nur ma'rifatullah menguasainya. menjadi tidak tenteram hati ketika nafsu menguasainya.

kerana itu aku menjadi hairan kepada yang mahu mengenal Allah tetapi membiarkan nafsu menguasai hatinya.

Petua dari Arif Billah.. tatkala engkau diuji Allah dengan ujianNya dan ketika itu redha hatimu menerimanya atas kesabaran dan kamu keluar dari ujian itu dengan syarakNya maka sebenarnya kamu sudah mengenalNya”.

Kegelisahan boleh datang kepada orang yang paling tenang. Bahkan ketenangan itu boleh menyerap ke dalam jiwa orang yang paling gelisah.

Wahai jiwa, jangn biarkan diri berasa layak untk berbangga dengan ketenangan yang pernah dkecapi, kerana ianya dari Allah..bila-bila masa DIA mampu mncabutnya.
Sambil lewa hakNya dijaga, maka tercabutlah ketenangan itu sekelip mata!


أستغفرالله

Thursday, 9 October 2014

Jerlus dalam Lumpur Dosa

Keadaan ku umpama berenang dalam lumpur jerlus
Sungguh payah mahu naik ke darat
Pertolongan yang ku dambakan
Bukan dari diriku sendiri atau dari orang lain
tetapi dari DIA Penciptaku, ALLAH
Ini jalannya mengikut logik mindaku
Mengikut panduan baginda dengan izinNYA.

Aku tahu solat fardhu jangan ada yang tertinggal
Aku tahu solat taubat setiap hari sebelum tidur
Aku tahu perbanyakkan zikir (la ila ha illallah)
Aku tahu bahawa Selawat pada Nabi sebaiknya setiap kali solat fardhu
Dan aku tahu aku perlu amalkan selalu doa ni:

“ilaahi.. anta maksuudi, wa redha kamatlubi ya Allah, ya Allah, ya Allah…”

Ya Allah, dikaulah maksudku, keredhaanMu yang daku tuntut ; ini bererti kau memohon pada Allah agar setiap perlakuan kau itu adalah keranaNya, dan kau menolak kehendak hawa nafsu kau kerena hendak mendapatkan keredhaanNya, tiada yang lain wahai diri yang berjiwa.

Aku juga tahu jika hati masih dalam kesamaran, tidak dapat memahami tersurat mahupun tersirat doa ini, maka perluku niatkan semoga Allah membukakan mata hati agar memahami.

Aku juga tahu doa ini besar manfaatnya, diamalkan oleh ulama-ulama tasawwuf sejak zaman berzaman.. Bahkan ia berasal dari kalimah “la ila ha illallah, muhammadurr rasulullah” agar menyembuh penyakit hati.

Takut untuk dibayangkan sekiranya mati dalam keadaan lagha. Umpama mengoyak tiket ke syurga yang mana DIA sudah berjanji bahawa semua umat Muhammad yang mengucapkan dua kalimah keramat itu akan ke syurga yang sudah sedia di miliki itu walaupun dicelup neraka walau sesaat. Tidak sanggup untuk ku mengoyak tiket itu untuk kesenangan yang hanya beberapa minit.

Imam al-ghazali, pernah berkata bahawa perkara yg paling hampir kepada kita adalah mati. Tiada dapat dibayangkan apabila mati datang mendadak sebelum sempat taubat nasuha, bagaimana situasi getir yang bakal berlaku?
Nau'zubillahi min zaalik  :'(


Ustaz Sharhan Shafie ada mengatakan "Ubat dan antibiotik untuk hati yang hebat, ialah dengan bertaubat"

Cintakan Allah, banyakkan zikrullah.
Cintakan rasulullah, banyakkan selawat.
Cintakan diri, banyakkan istighfar.

Aku juga tahu kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNYA. Apabila hidayah Allah menyapa, perluku dakap erat-erat.

Tiada nikmat yang lebih besar mampu dibandingkan dengan rahmat dan hidayah dari Allah. :')

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

-surah arRahman-

Wahai jasad yang berhati perasaan fikir-fikirlah..

Wednesday, 8 October 2014

KABIR 2

Tak usah ditanya
Apakah mazhabnya Auliya
Semua orang semua golongan
Tidak kira siapa gerangan
Semuanya menuju yang Esa
Tidak kira siapa dia
Kabir berkata: “Wahai saudaraku sekalian
Di hadirat Allah tiada perbezaan.”




HURAIAN 2
Menurut Kabir, Auliya Allah itu tidak perlu mazhab. Mazhab itu hanya cara-cara sahaja bukan matlamat. Matlamat itu satu sahaja iaitu Allah Yang Maha Esa. Semua orang dan golongan pada hakikatnya menuju Allah belaka, samada dia tahu ataupun tidak. Semuanya akan kembali kepadaNya.

Mazhab dan golongan itu timbul kerana adanya perbezaan pendapat. Masing-masing membuat pendapat dan tafsiran mereka sendiri. Menurut pendapat Auliya, kata Kabir, cara dan jalan itu banyak tetapi matlamatnya satu jua iaitu Allah. Berbagai-bagai tariqat dan berbagai-bagai pemikiran atau idea timbul dari hasil penyelidikan mereka, tetapi semua itu menuju yang Satu jua.


Oleh  itu, pada hakikatnya di sisi Allah tidak ada perbezaan. Semua sama sahaja. Apabila orang itu sampai pemikiran dan tahap kesedaran jiwanya kepada keesaan Allah, nescaya dia nampak betapa tidak adanya perbezaan di sisi Allah. Dia akan tahu apa yang dikatakan ‘Matlamat itu adalah Allah semata-mata’.

Manifestasi Rindu

Lama sudah entri ini berdebu. Entah kenapa hati sayu ingat pada Dia Muhammad s.a.w. Tapi betulkah aku ingat pada baginda. Mungkin perlu semakkan semula diri ini, ada atau tidak sunnah Rasulullah yang dilakukan dalam kehidupan seharian??

Mulutku menyebut cinta kepada Rasulullah tetapi apa bukti dan bagaimana dengan manifestasiku?

Allahumma solli 'ala Muhammad..

Betul hati ini terkesan dengan lagu ini bahkan menjadi rintihan hati tanpa disedari.

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Rasulullah – Hijjaz

Semoga kita sebagai umat nabi Muhammad yang lebih meneliti dan mengenali baginda lebih dekat.

Moga mimpi malam ku adalah mimpi kepada Rasullullah.


"Diantara Amalan Supaya boleh mimpi bertemu Rasulullah antaranya

1. Membaca sirah Baginda yang mulia, hidup dan berakhlak dengan akhlak dan perilaku Baginda . Sirah Rasulullah adalah akhlak yang sempurna, paling tinggi dan paling Mulia.

2. Banyak membaca selawat Anwar kepada Rasulullah , minimum sebanyak 500 kali dalam sehari, yaitu  .. .
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى نُورِ الأَنْوَارِ. وَسِرِّ الأَسِرَارِ. وَتِرْيَاقِ الأَغْيَارِ. وَمِفْتَاحِ بَابِ الْيَسَارِ . سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْمُخْتَارِ. وَآلِهِ الأَطْهَارِ. وَأَصْحَابِهِ الأَخْيَارِ. عَدَد نِعَمِ الله وَأِفْضَالِهِ.
Antara Sebab-sebab dibukakan Pintu hati dalam menuntut ilmu, di antaranya:

1. Niat yang benar. Seorang pelajar dalam menuntut ilmu seharusnya berniat untuk menggapai ridha Allah . Kemudian dia akan mengamalkan ilmunya itu, kerana menurut Imam al-Ghazali, "Ilmu tanpa amal adalah gila, sedangkan amal tanpa ilmu adalah tiada." Selain itu, seorang pelajar hendaknya berniat untuk mengajarkan ilmunya itu kepada orang lain.

2. Mengagungkan ahli ilmu dan berakhlak terpuji, kerana sesungguhnya seorang mu'min adalah cermin bagi mukmin yang lain.

3. Berkumpul dengan para ulama Rabbani. Seorang pelajar tidak cukup hanya dengan membaca buku, kerana pemahamannya boleh jadi tidak sesuai dengan yang dikehendaki oleh penulis sebuah kitab. Kerananya dia harus bermulazamah dengan guru atau syeikh. Selain itu, seorang pelajar harus mendapatkan petunjuk untuk tazkiyatunnafs (membersihkan jiwa), dan itu tidak boleh didapatkan kecuali dengan musahabah (bergaul) dengan seorang guru.

4. Tazkiyatunnafs. Seorang pelajar harus menghindari perbuatan maksiat dan menghiasi diri dengan amal-amal solleh serta memperbanyakan zikir.

By: Syekh Muhammad Ibrahim Abdul Baits al-Kattani