Halwa Telinga

https://r3---sn-uphxqvujvh-30al.googlevideo.com/videoplayback?sparams=dur%2Cid%2Cinitcwndbps%2Cip%2Cipbits%2Citag%2Cmime%2

Wednesday, 25 June 2014

BERBUDINYA NABI PADAMU YAHUDI

Jangan di butakan mata hati mu manusia
Kerana azabnya keras di hari kemudiaannya
Jangan dikeraskan hatimu manusia
Kelak nanti engkau menyesal tiada penyudahnya
Sebagaimana butanya seorang yahudi dari kebenaranNya
Walau tiap suapan masuk ke mulutnya
Hatinya tetap degil mencemuh mencari hina
Mencaci hina pemuda yang mulia

Hari berganti hari
Tiada yang menyuapi diri
Terasa kelainan pada insan yang menyuapi
Tiadalah selembut hari yang dilalui
Terasa gelap dalam kegelapan menangisi diri
Terbongkar sudah peribadi suci sang Nabi
Terbongkar sudah gerangan siapa menyuapi diri
Segera syahadah diucapi tanda mengimani
Kerana Muhammad si penyuap buta yahudi.



Kalam Murobbi

Dia.. dapatkah kau lihat yang selama ini menguruskan segala keperluanmu? 

Yang selama ini dengan suapan-suapanNya mengenyangkan perutmu? Yang selama ini dengan gosokkan-gosokkanNya meluruhkan daki-daki badanmu? Yang selama ini dengan hembusan-hembusanNya menyejukkan wajahmu? Yang selama ini dengan langkah-langkahNya menuntun perjalanmu? 

Betapakah pandanganmu terhijab sedang selama ini Dia dihadapanmu.. Dia tidak pernah menghijab atau menutup diriNya, yang terhijab dan tertutup cuma akal dan pandanganmu. Maka pandanglah Dia dengan pandang yang benar dari sudut pandang yang benar. Tentang perkara ini, aku hanya menukilkan sedang yang memberitahu adalah Dia.. aku hanya mengucapkan sedang yang berbicara adalah Dia.

- Kalam Mursyid -



Tuesday, 3 June 2014

Tinta Untukmu sahabat

Mungkin hari ini hari terakhir pertemuan kita walaupun mungkin selepas ini kita mungkin kan berjumpa tetapi hanya lambaian 'Hai' yang akan keluar di bibir masing-masing. Sahabat terimalah sedikit madah puisi yang tidak seberapa ini dariku hadiah perkenalan kita untuk semester kita bersama selama ini. Terima kasih untuk segalanya :)

Sahabat Hawaku..
Perkenalan kita baru sahaja berputik
Sama-sama kita genggam ukhuwah ini
Dengan keikhlasan yang kudus
Dengan rasa cinta kepada Illahi
Kerna redhoNya Dia kan bersama

Sahabat Hawaku...
Tatkala air mataku  turun laju membasahi pipi
Kalian hadir menenangkan sebak hatiku
Kulepaskan segala tangis
Lalu kalian tatap wajahku
Kalian hadiahkan ukiran terindah dibibir
Ku tahu itu ukiran untuk aku bangkit kuat

Sahabat Hawaku...
Tika itu aku merasa sebak
 Beruntungnya aku mempunyai sahabat seperti kalian...
 Sedangkan aku tidak pernah berterima kasih

Sahabat Hawaku..
Terima kasih kerana sanggup menerimaku
Menerimaku sebagai sahabat kalian
 Menjadi salah seorang sahabat kalian
Satu anugerah bahagia darINya untukku
Kalian sahabat yang menyayangi sahabatnya,
Hanya kerana ketulusan cinta kepada Allah
Lalu aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi
Moga Allah utuhkan ukhuwah kita selama ini...
Berterusan hinggalah ke Jannah...InsyaAllah!

Inginku khabarkan kepada kalian bahawa,
 Sesuatu yang susah untuk ku ungkapkan pada zahirnya
Tetapi batinnya ku iringi kalian dengan doa
Daku menyayangi kalian duhai sahabatku Hawa..

Kutulis sajak ini sebagai penghargaanku pada kalian sahabatku. Ketika marah menerpa ianya meretakkan ketulusan, ketika emosi mengurung diri kalian hadir memberi senyuman mengajakku berbahagia. Izinkan aku menggamit tangan kalian memohon maaf sepanjang perkenalan kita. Semoga cintaNya Dia selalu bersama kita. J

Special dedicated for you all sahabatku J
Nur Syuhada Hamdan, Siti Nur Akmawani, & Isabella Hasyim

Mastura Adnan (3 Jun 2014)

Monday, 2 June 2014

Qalam Cintaku untuk mu Hawaku..

Assalamualaikum w.b.t. Hawa ku yang rupawan.

Ingin ku layangkan sedikit madah kata buat kalian berdua Siti Fatimah Zaharah dan Siti Mardhiah ataupun adik-adik muslimahku secara umumnya.


Hawaku yang di cintai...
Usia kalian semakin menginjak remaja. Maka makin bertambah jualah cabaran-cabaran duniawi yang sering mendekati bahkan makin menolak kalian untuk terjerumus dalam kancah kebinasaan.

Hawaku yang di sayangi..
Kalian adalah manusia-manusia  yang sangat baik, solehah dan bersih hatinya. Amalan-amalan sunat seringkali menjadi santapan harianmu, apatah lagi dalam menyempurnakan perintah Tuhanmu yang menjadi kefardhuan buat mereka yang bergelar 'hambaNya Robbi'. Alhamdulillah.

Oleh itu, doa dariku kanda kalian ini akan selalu mengiringi dengan izinNya Ilahi bahkan hari-hari adindaku ini akan terus subur dan mekar di bawah naungan rahmat Ilahi. Minta di jauhkanNya sama sekali akan jatuh pada tangan-tangan 'Si Kumbang' yang hanya ingin melalaikan adinda dari cinta Pencipta kita ataupun ‘kumbang’ yang mengabaikan akhlak-akhlak mulia warisan Baginda Muhammad dalam kehidupan seharian mereka.

Tidak dapat di nafikan bahawa kita sekali-kali tidak akan tahu-menahu bagaimana untuk mengetahui isi hati seseorang itu menilai kerana kadang-kadang kebaikan dalam hipokrit yang ditunjuki di depan bahkan hanyalah lakonan semata-mata untuk memikat hati kita yang mudah berbolak-balik ini. Pamerannya hanyalah sekadar lakonan dan pura-pura belaka. Tetapi bukan semua kumbang itu sebegitu dengan izinNya.

Namun...
Yakinlah dengan janji Nya DIA yang telah siap dinukilkan dalam 'warkah cintaNYA'... “Attoyyibuuna lit thoyyibaat"! Sedarlah adindaku sekalian bahawa Wanita yang 'menjaga', tarikannya luar biasa. Walaupun dia hanyalah seorang wanita biasa sahaja. Biarlah kita tampak biasa di mata makhlukNya, sekiranya kita ‘menjaga’ diri kita semata keranaNya, in syaa Allah dengan rahmat kasih sayangNya akan dipandangNya kita dengan penuh kasih luar biasa.

Adik-adikku yang sangat disayangi,
Jodoh itu milikNya yang nyata. Sama seperti ajal,hidup dan rezeki kita. Jangan terlalu murah untuk menerima dan melayan cinta yang entah apa-apa itu. Jangan juga terlalu asyik memberi cinta kepada yang belum tentu halal untuk hidup kita pada masa akan datang. Sekiranya kalian  berpasangan dengan si dia tanpa permit dari wali khususnya dari Dia si Pencipta, adakah dijamin si dia itu bakal kalian miliki sepenuhnya.

Sedarlah adindaku sekalian, bahawa perasaan cinta ini anugerah yang tidak terhingga dariNya. Gunalah pada tempat yang haq kerana perasaan cinta mahupun sayang pada seseorang itu hanyalah satu perasaan yang Allah pinjamkan buat kita. Mungkin untuk selama-lamanya dan mungkin juga untuk sementara. Bila-bila masa sahaja boleh ditarikNya kembali. Gunalah perasaan sayang dan cinta kalian ini pada tempatnya supaya kalian adil dalam mengendalikan perasaan ini.

Perbaiki diri dan amalan kalian hawaku. Pasti Allah akan kurniakan sesuatu yang terbaik buat setiap dari kalian. Hindarilah daripada melakukan perkara-perkara yang bisa merosakkan hati dalam menggapai redho Tuhan.

Sibukkanlah diri dengan kebaikan, nescaya diri kalian tidak punya masa untuk mengingati perkara-perkara yang terlarang. Ingatlah akan pesanan ayah ibu kita supaya menjadi wanita yang bermanfaat untuk wanita lain bahkan manusia lain khususnya. Jangan di sebabkan khilaf kita ayah ibu mendapat saham dosa disana adik-adikku. Jadilah anak yang solehah untuk ayah dan ibu kita sebagai membalas jasa mereka membesarkan kita dari kecil sehingga dewasa kini.


Ketahuilah juga wahai adindaku, bahawa sehebat hebat senjata adalah doa. Berdoalah semoga bertemu dengan seseorang yang diri kalian redho akannya dan Allah pun redho akan dirinya. InsyaaAllah.

Adik-adikku sayang...
Usah dibiarkan walau setitis manik air mata sekalipun tumpah ke bumi gara-gara kumbang yang langsung tidak mampu mambawa hatimu merasa kerdil berdiri di hadapan Pencipta kalian.

Namun...
Sekiranya lencunan dari deraian air mata itu mampu memberi bisa ketenangan pada perasaan yang terbuku di hati kalian, maka menangislah.
Menangislah... kerana kalian adalah wanita... Seorang wanita yang punya rasa dari sekeping hati yang lembut.

Pesanan terakhir dariku sebelum mengakhiri warqah ini. Tetaplah cantik pada pandanganNya bukan menuntut pandangan makhlukNya semata kerana pandangan makhluk yang bergelar manusia ini akan sirna dimakan masa. Cukuplah pergantungan padaNya. Gerak-geri kalian perlu digerak tarikan keranaNya semata. Kemudian, terimalah apa yang diberikan olehNYA dengan hati yang ikhlas dan redho sebagaimana di seruNya Dia memanggil hambaNya dalam firmanNya:

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !

Maafkan kanda kalian ini atas segala salah dan silap. Moga Allah redho akan kita serta ummat Islam seluruhnya serta sudi mempertemukan kita semua nanti di syurga firdausi. Allahumma ameen.

Sekian,wassalam.

Tulus kasih dan cinta daripada kanda kalian, Mastura Adnan.

Surat Untukmu wahai adik Hawaku

Na'uzubillahi min zaalik.

Remuk hati membaca berita-berita kes rogol yang makin menggila mutakhir ini. Pelbagai lapisan status wanita, yang sudah berkahwin mahupun di bangku sekolah menjadi mangsa kerakusan lelaki durjana kerasukan syaitan.

Adikku.. Untuk mengungkap rasa simpati agak senang kepada si mangsa. Mungkin mudah untuk berkata, cuba diletak diri sendiri di tempat mereka, barulah tahu hukum Allah Maha Tinggi diperlukan hamabaNya itu bahkan benar-benar membela ummatnya.

Seperti apa yang sudah terjadi hari ini dan mungkin hari-hari yang akan datang, tidak sesuai lagikah HUDUD  dilaksanakan di Malaysia? Satu soalan ini berlegar dikepala menyoal itu dan in mencari jawapan kenapa masih ‘degil’ untuk mereka laksanakan hukum Allah ini.

Mereka dengan senang menentang perundangan Islam, khususnya hudud – tiada apa perasaankah sekiranya yang dirogol oleh 38 lelaki itu adalah anak kepada hawa yang disayangi sendiri, tidak kiralah samada adik, kakak,  nenek , mak cik atau emak sendiri? Melihat pada reaksi ibu mangsa di video yang merotan salah seorang perogol terbabit, agaknya semua ibubapa akan mempunyai reaksi yang sama. Bahkan, mungkin ada yang inginkan melihat perogol itu hilang lenyap daripada bumi ini. Maka apa sebabnya hudud diperuntukkan oleh Allah untuk hambaNnya kerana salah satunya ialah ianya setimpal dengan apa yang dirasai ibubapa mangsa rogol.

Adikku, sedarkah kita bahawa Allah S.W.T telah menurunkan suatu sistem perundangan bagi menyelamatkan agama, akal, harta, maruah serta zuriat dan keturunan manusia.  Sudah masanya sekarang ia bergantung kepada umatnya untuk merealisasikan sistem perundangan Islam bagi menyelamatkan masyarakat dari dajjal yang bertopengkan manusia yang sedang berkeliaran mencari mangsa yang seterusnya.

Adikku marilah sama-sama kita amalkan kalam doa ini. Moga bermanfaat untuk hari-hari kita bersama dilindungi DIA dari bahaya manusia yang berhati syaitan!




Doa ni sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri.
( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )


p/s: Surat ini bukan nasihat untukmu semata tapi teguran untuk diriku jua. Moga perjuangan kita diredhoiNya dan mimpi ayah untuk kita mekar solehah menjadi kenyataan wahai adikku Siti Fatimah Zaharah & Siti Mardhiyah.