Halwa Telinga

https://r3---sn-uphxqvujvh-30al.googlevideo.com/videoplayback?sparams=dur%2Cid%2Cinitcwndbps%2Cip%2Cipbits%2Citag%2Cmime%2

Monday, 2 June 2014

Surat Untukmu wahai adik Hawaku

Na'uzubillahi min zaalik.

Remuk hati membaca berita-berita kes rogol yang makin menggila mutakhir ini. Pelbagai lapisan status wanita, yang sudah berkahwin mahupun di bangku sekolah menjadi mangsa kerakusan lelaki durjana kerasukan syaitan.

Adikku.. Untuk mengungkap rasa simpati agak senang kepada si mangsa. Mungkin mudah untuk berkata, cuba diletak diri sendiri di tempat mereka, barulah tahu hukum Allah Maha Tinggi diperlukan hamabaNya itu bahkan benar-benar membela ummatnya.

Seperti apa yang sudah terjadi hari ini dan mungkin hari-hari yang akan datang, tidak sesuai lagikah HUDUD  dilaksanakan di Malaysia? Satu soalan ini berlegar dikepala menyoal itu dan in mencari jawapan kenapa masih ‘degil’ untuk mereka laksanakan hukum Allah ini.

Mereka dengan senang menentang perundangan Islam, khususnya hudud – tiada apa perasaankah sekiranya yang dirogol oleh 38 lelaki itu adalah anak kepada hawa yang disayangi sendiri, tidak kiralah samada adik, kakak,  nenek , mak cik atau emak sendiri? Melihat pada reaksi ibu mangsa di video yang merotan salah seorang perogol terbabit, agaknya semua ibubapa akan mempunyai reaksi yang sama. Bahkan, mungkin ada yang inginkan melihat perogol itu hilang lenyap daripada bumi ini. Maka apa sebabnya hudud diperuntukkan oleh Allah untuk hambaNnya kerana salah satunya ialah ianya setimpal dengan apa yang dirasai ibubapa mangsa rogol.

Adikku, sedarkah kita bahawa Allah S.W.T telah menurunkan suatu sistem perundangan bagi menyelamatkan agama, akal, harta, maruah serta zuriat dan keturunan manusia.  Sudah masanya sekarang ia bergantung kepada umatnya untuk merealisasikan sistem perundangan Islam bagi menyelamatkan masyarakat dari dajjal yang bertopengkan manusia yang sedang berkeliaran mencari mangsa yang seterusnya.

Adikku marilah sama-sama kita amalkan kalam doa ini. Moga bermanfaat untuk hari-hari kita bersama dilindungi DIA dari bahaya manusia yang berhati syaitan!




Doa ni sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri.
( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )


p/s: Surat ini bukan nasihat untukmu semata tapi teguran untuk diriku jua. Moga perjuangan kita diredhoiNya dan mimpi ayah untuk kita mekar solehah menjadi kenyataan wahai adikku Siti Fatimah Zaharah & Siti Mardhiyah.

No comments:

Post a Comment