Halwa Telinga

https://r3---sn-uphxqvujvh-30al.googlevideo.com/videoplayback?sparams=dur%2Cid%2Cinitcwndbps%2Cip%2Cipbits%2Citag%2Cmime%2

Friday, 7 March 2014

IMAM AHMAD MENANGIS

Syair ini yang diriwayatkan di dalam buku karya Imam Ibnul Qayyim Al Jauziyah telah membuat Imam Ahmad tersedu-sedu dalam tangisannya hingga hampir pingsan. Hal ini menunjukkan betapa lembut dan pekanya hati Imam Ahmad terhadap hal-hal yang mengingatkan manusia kepada Rabbnya, dosa-dosanya, dan kehidupan akhirat. 

Imam Ahmad Bin Hanbal telah ditanya muridnya tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yang berkaitan dengan neraka dan syurga. Lalu beliau bertanya, seperti apa? Contohnya? Lalu muridnya mendendangkan syair ini:

إذَا مَا قَالَ لِي رَبِّي أمَا استحييتَ تَعصينِي … وتُخفي الذَّنبَ عن خَلْقي وبالعصيان تأتيني
فكيف أجيب يا ويحي ومن ذا سوف يحميني … أسلي النفس بالآمال من حين إلى حينِ
وأنسى ما وراء الموتِ ماذا بعدُ تكفيني … كأني قد ضمِنْتُ العيشَ ليس الموت يأتيني
وجاءت سكرة الموتِ الشديدةُ من سيَحْميني … نظرتُ إلى الوجوهِ أليسَ منهم من سيفديني
سأُسْأَل ما الذي قدَّمتُ في دنيايَ يُنجيني … فكيف إجابتي من بعدُ ما فرَّطتُ في ديني
ويا ويحي ألم أسمع كلام الله يدعوني … ألم أسمع بما قد جاء في قافٍ وياسينِ
ألم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع والديني … ألم أسمع منادي الموتِ يدعوني يناديني
فيَا ربَّاه عبدٌ تائبٌ من ذا سيأويني … سوى ربٍّ غفورٍ واسعٍ للحقِّ يهديني
أتيتُ إليك فارحمني وثقِّل فِي موازينِي … وخفف في جزائي أنت أرجى من يُجازيني

Jika Rabb-ku mengatakan kepadaku: “Tidak malukah kau bermaksiat kepada-Ku?!

Engkau menutupi dosa dari para makhluk-Ku, tapi malah dengan kemaksiatan kau mendatangi-Ku!”

Maka bagaimana aku menjawabnya, dan siapa yang mampu melindungiku…
Aku terus menghibur diri dengan angan-angan (dunia) dari waktu ke waktu…
Tetapi aku lalai dengan perihal setelah kematian, tentang apa yang dapat mencukupiku setelah itu…

Seolah aku akan hidup terus, dan maut tidak akan menghampiriku…
Saat sakaratulmaut yang dahsyat itu benar-benar datang, siapakah yang mampu melindungiku…

Aku melihat wajah orang-orang… Tidakkah ada diantara mereka yang mau menebusku?!

Aku akan ditanya, tentang apa -yang kukerjakan di dunia ini- yang dapat menyelamatkanku…
Maka bagaimanakah jawabanku setelah aku lupakan agamaku…

Sungguh celaka aku… Tidakkah ku dengar firman Alloh yang menyeruku?!

Tidakkah pula kudengar ayat-ayat yang ada di Surat Qoof dan Yasin itu?!

Bukankah kudengar tentang hari kebangkitan, hari dikumpulkan, dan hari pembalasan itu?!

Bukankah kudengar pula panggilan kematian yang terus melayangkan panggilan dan seruan kepadaku?!

Maka ya Robb… akulah hambamu yang bertaubat… Tidak ada yang dapat melindungiku,
Melainkan Robb yang Maha Pengampun, lagi Maha Luas Karunianya… Dia-lah yang menunjukkan hidayah kepadaku

Aku telah datang kepada-Mu… maka rahmatilah aku, dan beratkanlah timbanganku…
Ringankanlah hukumanku… Sungguh Engkaulah yang paling kuharapkan pahalanya untukku


Selesai dua rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mngulang-ulang 2 rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.

Wednesday, 5 March 2014

Apakah akan kamu lakukan jika diberi peluang bersama Baginda?

“ Apakah yang akan kamu lakukan jika diberi peluang sebentar jua bersama Baginda sallallahu alaihi wasallam?”

Layakkah kiranya diri ini berada walau sebentar di hadapan tubuh Baginda sallallahu alaihi wasallam yang cukup mulia itu?

Adakah Baginda sallallahu alaihi wasallam akan memandang kepada wajah yang penuh dosa dan noda ini?

Pagi ini, hati al-Faqir sebak bilamana melihat satu siaran televisyen Arab melalui internet. Soalan yang ditanyakan oleh jurubicara rancangan tersebut begitu menggugah jiwa. Soalannya mudah dan ringkas namun jawapannya amat sukar diungkapkan. Soalannya :

“ Apakah yang akan kamu lakukan jika diberi peluang sebentar jua bersama Baginda sallallahu alaihi wasallam?”

Demi Allah, Tuhan Sekalian Alam, al-Faqir benar-benar rindukan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sewaktu menulis perkara ini. Seseorang tidak malu untuk menungkapkan sayang dan rindunya kepada kekasihnya. Tapi mengapa perlu malu untuk kita mengungkapkan rindu dan sayang kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam? Malah Baginda sallallahu alaihi wasallam lebih daripada segala-galanya. Lebih daripada alam keseluruhannya.

Ya Rasulallah, Demi Allah, al-Faqir benar-benar cemburu dengan para Sahabatmu yang setiap masa dan ketika menatap wajahmu yang mulia disamping memberikan khidmat kepadamu.

Al-Faqir benar-benar cemburu dengan Saidina Abu Bakr al-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab radhiyallahu anhuma yang seringkali berada di sampingmu. Berlapar dan dahaga bersamamu, mengikat perut dengan batu bersamamu, bersusah senang bersamamu. Ingin benar al-Faqir menjadi orang yang mula menghunuskan pedang mempertahankanmu bilamana dirimu dipersenda. Ingin sekali al-Faqir membantu puterimu Saidatina Fatimah al-Zahra’ kekasihmu dan kekasih umat seluruhnya membuang kotoran daripada perut kambing yang diletakkan diatas tengkukmu ketika dikau solat di Kaabah al-Musyarrafah.Ingin sekali al-Faqir memancung kepala lelaki cabul Quraisy yang meletakkan kotoran itu di atas badanmu yang mulia.

Ya Rasulallah, Setiap kali membaca kalammu, al-Faqir membayangkan seolah-olah dirimu sedang berbicara dengan diri yang penuh noda ini.Namun , terkadang al-Faqir terfikir, layakkah mulut kotor ini membaca kalammu yang mulia? Layakkah hati kotor ini menyimpan khazanahmu yang mulia?

Al-Faqir tahu, Dikau mengetahui apa yang al-Faqir rintihkan pada hari ini. Kami hari ini tidak mampu untuk masuk ke maqammu dan meletakkan pipi kami yang hina di atas maqammu yang mulia sepertimana yang dilakukan oleh Saidina Abu Ayyub al-Ansori radhiyallahu anhu dek kerana terlalu rindukan dirimu Ya Habiballah.

Terlalu banyak yang ingin al-Faqir rintihkan dan maklumkan kepadamu Ya Rasulallah.Namun coretan terlalu ringkas dan hati tidak mampu meluahkan semuanya.

Al-Faqir sangat-sangat berharap sebelum mata ini terpejam rapat moga dapat walau sekejap jua dapat menatap wajahmu . Hanya itu sahajalah yang mampu menenangkan jiwa kosong al-faqir ini sebelum dijemput bertemu Rabbul Jalil.

Moga cinta dan sayangku kepadamu Ya Rasulallah , cinta yang berbalas. Janganlah Dikau palingkan wajahmu yang mulia daripada al-Faqir ini.

By: Syeikh Nazrul Nasir Azhari

Kelebihan Berselawat Keatas Baginda SAW



آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّد


الصلاة علي نور على الصراط، فمن صلى علي يوم الجمعة ثمانين مرة غفرت له ذنوب ثمانين عاما.

Bersalawat ke atasku merupakan cahaya di titisan sirat, barang siapa bersalawat ke atasku pada hari jum'at 80 kali, maka di ampunkan dosa 80 tahun.
 ( hadis riwayat Al DaruQuthni )


1. Menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala
2. Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم 
walaupun maknanya berlainan.
3. Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi
صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
4.Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat
5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat
6. Dituliskan baginya 10 kebajikan
7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan
8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit
9. Mendapat syafaat Nabi
صلى الله عليه وسلم
10. Diampunkan dosa
11. Menyelesaikan masalh atau menghilangkan dukacita
12. Membolehkan dekat dengan Nabi Muhammad
صلى الله عليه وسلم pada hari qiamat.
13. Boleh menggantikan sedeqah bagi orang yang tidak sanggup
14. Ditunaikan segala hajat
15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allaah Subhanahu wa Ta'ala
16. Membersihkan hati dan mensucikannya
17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga
18. Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat
19. Mendapat doa dan salam Nabi SAW.
20.Dapat mengingatkan kembali perkara lupa.
21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.
22. Menghilangkan kemiskinan
23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil
24. Terlepas daripada kutukan Nabi
صلى الله عليه وسلم"Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat"
25. Menyenangkan jalan-jalan masuk syurga
26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk
27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji ALLAh Subhanahu wa Ta'ala
28. Mendapat Nuur ketika lalu di Titian (Sirat)
29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar
30. Mendapat pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para malaikat
31. Diberkati umur dan pekerjaannya
32. Mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sentiasa dikasihi olehNya
33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap Rasulullah SAW. 
34.Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya
صلى الله عليه وسلم bertambah kasih kepada kita.
35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup 
36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad
صلى الله عليه وسلم 
37. Menetapkan kaki di Titian Siratulmustaqim
38. Menunaikan sedikit hak Nabi dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah Subhanahu wa Ta'ala & RasulNya
صلى الله عليهوسلم 
40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan Allah Subhanahu wa Ta'ala .

# Telah berkata seorang 'ulama: "Sebaiknya seorang penuntut 'ilmu berselawat sebanyak 300 kali sehari (60 kali selepas solat 5 waktu)

# Sabda Rasulullah SAW : "Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat kepadaku." (Hadis Riwayat Imam Tirmizi)..

# Sangat-sangat kerugian bagi mereka yang melalaikan diri dari berselawat. Selawat itu antara sebesar-besar amalan untuk kita bertaqarrub kepada Allah sebagaimana kata Syaikh al-'Alim al-'Allaamah Wan Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani rahimahullah dalam karya beliau, "Hadiqatul Azhar war Riyahin" : “Ketahuilah olehmu, bahawasanya selawat atas Nabi SAW itu setengah daripada sebesar-besar perkara yang mendampingkan diri hamba kepada Tuhannya. Dan daripada seelok-elok dan sepatut-patut barang yang dihaluankan (yakni ditujukan) kepada hadratnya SAW kerana syukur baginya atas hidayatnya bagi kita. Dan dengan dialah tertolak sekalian mudarat dan tertarik sekalian manfaat pada dunia dan akhirat.” 

# "Para 'Alim Ulama' ada menyebutkan: Di akhir zaman, jalan yang paling dekat untuk sampai kepada Allah mudah dan cepat adalah dengan berselawat keatas RasuluLLAH
صلى الله عليه وسلم"

# Maka hendaklah seseorang yang mengaku mencintai RasuluLLAH berusaha untuk berselawat kepada Baginda. Ini kerana, cinta seseorang kepada seseorang itu seharusnya disertai dengan ketaatan, apatah lagi kepada Allah dan Rasul-Nya.