Halwa Telinga

https://r3---sn-uphxqvujvh-30al.googlevideo.com/videoplayback?sparams=dur%2Cid%2Cinitcwndbps%2Cip%2Cipbits%2Citag%2Cmime%2

Thursday, 7 May 2015

Dia Si Kanzan Makhfian

Di sebalik lautan luas itu tercerita seribu rahsia
Begitulah Dia Si Kanzan Makhfian
Tersembunyi masin rasa Nya
selepas tapisan demi tapisan rasa itu bersembunyi
Rahsia Nya itu untuk dicari si pencari
Biarpun dahsyat ombak menolak ujian
harus ia jujur dan telus
Ombak tanpa pernah menyembunyikan keganasannya
Bagaikan tentera ia mematuhi
Jika aturan Nya tiada mahu dituruti
Lautan biru itu indah lagi menenangkan
tetapi pabila ditemani ombak
Yang Maha Dahsyat bertukar menjadi Qohhar

Friday, 3 April 2015

Bagaimana DIA itu dan ini?


“Bagaimana Dia dapat ditidurkan sedangkan Dialah yang menidurkan segala sesuatu yang tidur.. Bagaimana makhluk boleh menghijabkan Khaliq pulak ni..”

Ya.. Inilah pertanyaan yang selalu bermain dihati dan mindaku. Persoalan demi persoalan gila yang datang. Antara percaya dan ragu. Hanya dengan pertolonganNYA sahaja soalan-soalan ‘gila’ itu akan terkambus dalam.

Benar, hati akan hanya diisi dengan iman (percaya) atau ragu-ragu. Jika Nur Ilahi menyinari hati maka mata hati akan melihat dengan iman. Seandainya pandangan mata hati tidak bersuluhkan Nur Ilahi maka apa yang dipandangnya akan membawa keraguan dalam bentuk pertanyaan 'bagaimana’.

Pertanyaan 'bagaimana' itu merupakan ujian tentang Allah. Ia boleh memberi rangsangan untuk menambahkan pengetahuan tentang Tuhan. Jika tidak dikawal ia akan mendorong kepada perbahasan yang tidak ada penyelesaian kerana bidang ilmu sangat luas, tidak mungkin habis untuk diterokai.

Jika kita ikuti perbahasan ilmu, kita akan mati dahulu sebelum sempat mendapat jawapan penghabisan. Oleh itu letakkan garisan penamat kepada ilmu dan masuklah ke dalam iman. Iman menghilangkan keraguan dan tidak perlu bersandar kepada bukti dan dalil-dalil.

Alam ini kesemuanya adalah gelap gelita sedang yang meneranginya adalah kerana nampak Wujud Allah padanya. Pada hakekatnya alam ini tidak wujud, Allah jua yang wujud. Tetapi apa yang terlihat kepada kita adalah alam semata-mata sedangkan Allah yang lebih nyata menjadi terlindung daripada pandangan kita.

Allah yang menzahirkan segala sesuatu, bagaimana sesuatu itu pula menghijabkan-Nya. Allah yang tampak nyata pada segala sesuatu, bagaimana pula Dia terlindung. Allah adalah Maha Esa, tiada sesuatu beserta-Nya, bagaimana pula Dia dihijab oleh sesuatu yang tidak wujud di samping-Nya.

Bagaimana mungkin Allah akan dihijab oleh sesuatu,

Padahal Dia yang Esa,

Tidak ada di samping-Nya sesuatu apa pun..


Tuesday, 31 March 2015

Pandanganlah Akan DIA

Sekiranya Tuhan izinkan, kerohanian seseorang meningkat kepada makam yang lebih tinggi. Nyata di dalam hatinya maksud kalimat : Tiada daya dan upaya kecuali beserta Allah.
Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu! 
(As Saffaat: 96)

Orang yang di dalam makam ini tidak lagi melihat kepada amalnya, walaupun banyak amal yang dilakukannya namun, hatinya tetap melihat bahawa semua amalan tersebut adalah kurniaan Allah kepadanya. Jika tidak kerana taufik dan hidayat dari Allah tentu tidak ada amal kebaikan yang dapat dilakukannya.


Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi masalah kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. (An Naml: 40)

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya). Ia memasukkan sesiapa yang kehendaki-Nya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmat-Nya (dengan ditempatkan-Nya di dalam syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al Insaan: 30-31)

Segala-galanya adalah kurniaan Allah dan menjadi milik-Nya. Orang ini melihat kepada takdir yang Allah tentukan, tidak terlihat olehnya keberkesanan perbuatan makhluk termasuklah perbuatan dirinya sendiri. Makam ini dinamakan makam ariffin iaitu orang yang mengenal Allah. Golongan ini tidak lagi bersandar kepada amal namun, merekalah yang paling kuat mengerjakan amal ibadat.

Orang yang masuk ke dalam lautan takdir, redha dengan segala yang ditentukan Allah, akan sentiasa tenang, tidak berdukacita bila kehilangan atau ketiadaan sesuatu. Mereka tidak melihat makhluk sebagai penyebab atau pengeluar kesan.


Credit by: Si Jahil 

"When you start to orientate your life towards Allah, everything will start to be meaningful" 

Saturday, 28 March 2015

KEMBALI..

~ Bila kekasih mengundang aku pulang..

"Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, DIA lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dan kembalilah kamu kepada Tuhan mu, dan berserah dirilah kepadaNYA sebelum datang azab kepadamu, kerana sesudah itu kamu tidak dapat ditolong."

(39: 53-54)


Kembali..Ya, Kembalilah..


Bila kekasih… mengundang aku pulang… mahligai menanti penuh gemilang… bila kekasih menyingkap tabir cinta… tiada terbatas dengan kata-kata…

~~Lagu yang mengisahkan tentang taubatnya seorang hamba. Itulah yang diungkapkan dengan “Bila kekasih mengundang aku pulang”. DIA telah melorongkan jalan hidayahNya pada hamba-hamba yang dikehendakiNya. Jalan hidayah yang penuh dengan liku-liku dan warna keinsafan. Apabila DIA mula menunjukkan erti sebenar zat, sifat, af’aal dan asmaNYA… maka tidaklah boleh terungkap dengan sebarang bentuk kata-kata. Kerana itu adalah sesuatu yang sangat indah…


Dapatkah aku membalas dengan air mata… tanda syukur menerima setelah sekian lama… menghamba hidup pada dunia…

~~Gugurnya airmata keinsafan itu adalah tanda hati seorang hamba yang lemah. Lemah dengan Hakikat Cinta Allah yang begitu agung, suci dan tiada ragu-ragu padaNya lagi. Maka bersujud syukurlah sang hamba dalam keikhlasan menerima jalan Allah setelah hampir separuh kehidupannya tewas dan tunduk pada nafsu dunia…


Seribu tahun takkan sama… sesaat bersatu dalam nyata… kerana kasih ku sanggup korbankan… jasad dan nyawa…

~~Sesaat walau sedetik tajallinya zat Allah itu adalah lebih berharga daripada kehidupan yang panjang bak beribu tahun. Kerana Kasih Hakiki itulah sang hamba sanggup mengorbankan apa sahaja bahkan perkara yang paling berharga iaitu nyawanya sendiri. Kerana ‘mati’ itu adalah lebih baik daripada bernyawa. Itulah syarat untuk bertemu DIA.


Terang bulan kerana mentari… hadir bayang kerana cahaya… begitulah cinta kita…

~~Bulan bersinar kerna adanya sang mentari… wujudnya bayangan kerana adanya cahaya. Begitulah perumpamaannya bagi mereka yang telah mengenali siapa itu ALLAH.


Tiada jarak pemisah lagi… tiada garis sempadan budi… aku terima dan jua memberi… seikhlas hati…

~~”Aku berada dekat sekali dengan hambaku lebih hampir daripada pembuluh halkum mereka”. Apabila tiba di peringkat makrifatullah, itulah yang akan dirasai oleh sang hamba. Memberi dan menerima cintaNYA dengan hati yang terbuka. Bukan hanya sebesar nyiru..bahkan seluas mata memandang ikhlas Diri menerima cinta Dia.


Seribu tahun dan sejuta langkah… seribu tahun bersinar cinta… kita bertemu di penghujung rindu…

~~’Seribu tahun dan sejuta langkah… seribu tahun bersinar cinta… kita bertemu di penghujung rindu..’ kemuncak bagi percintaan agung ini adalah mati. Tiada lagi sang hamba… tiada pula Sang Perindu… kerana Yang Merindu telah mengenali siapa Sang Perindu. Itulah titik awal dan titik akhir.


Wallahu’alam.

Sunday, 4 January 2015

Milik Siapakah Hati Itu?




Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t wahai hati pemilik Ilahi,

          Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan semesta alam. Selawat serta salam dilimpahkan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan syariatnya sampai hari kiamat. Amin ya ilahal’alamin.

Sebelum meneruskan pembacaan..lembutkan lidah untuk melafaz kalimah istighfar dahulu. Sesungguhnya diri yang bergelar manusia ini tidak akan sekali-kali lepas dengan palitan dosa yang menggunung dan doakan juga untuk saudara-saudara di Gaza.

Astaghfirullahal’azim (7x)

*********
Perbualanku dengan adikku Ahmad,

Ahmad: “Kakak, macam mana la law kita berada di Gaza, kan? Tak tahu nasib kita..Mati akan mai bila-bila ja kan?”

Diriku: “ye..tapi..kat kita kat sini pun..jika Allah tarik nyawa kita, mati juga”.

Ahmad: “Macam mana law mati sekarang..amalan tak banyak lagi..hati tak bersih lagi..macam-macam ada..”.

Diriku: “ Allahurabbi..itu la dik..kita kena jaga hati kita dengan mencari kenal siapa DIA pemilik hati kita di samping usaha untuk perbaiki diri, banyakkan amalan.. Moga-moga Allah terima amalan kita”.

*********




Selepas perbualan itu, ku mengenangkan hati ini. Allah.. takut-takut masih banyak kekotoran. Ku terimbau kembali perbualanku dengan seorang adik usrahku..

********
Adik usrah: Akak..nak tanya..hati akak milik siapa?

Diriku: : “Milik Allah…”.

Adik usrah : “Em…akak..law hati ini milik Allah..nanti Allah nak balik tak?”

Diriku : “Adikku sayang..hati ini akan dikembalikan kepada tuan asalnya..kerana kita hanya meminjam. Cuba adik bayangkan..sekarang nie pun, jika kita pinjam barang orang, mesti nak pulangkan dengan keadaan yang baik, kan?”

Adik usrah: “ A’ah..mesti la akak. Em..akak..jika hati kita dah rosak..dan kita cuba pulihkan..tapi ia rosak kembali..cam mana akak? Susah la nak jaga hati…kejap ok..kejap tak”.

Diriku: “Sekurang-kurangnya kita usaha dik. Malu tak jika sekarang, tiba-tiba hati kita perlu dihantar kembali kepada tuannya, Allah? Banyak yang tak baik tentang hati kita. Selama nie..kita tak sedar..kita pinjam je daripada Allah.”

Adik usrah: “Allah..yer la akak. Malunya…macam tak sanggup nak bagi balik sekarang. Akak..mesti sekarang..Allah tahu segalanya tentang hati kita kan?”

Diriku: “Mesti la dik..Allah itu kan Maha Mengetahui.”

Adik usrah:” Allah..malunya..kalau la orang lain dapat tengok hati adik sekarang..emm..hinanya diri ini”.

Diriku: “ Adik..tahu tak..Nabi Muhammad s.a.w selalu berdoa:

“Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepada-MU”
(HR. Muslim)

Adik usrah: “Akak..adik takut mati la..”.

Diriku“Kematian hati adalah satu perkara yang menakutkan bagi insan yang bergerak mencari keredhaan Allah s.w.t dalam kehidupannya.”

Akhirnya..kami berpelukan. Sama-sama cuba muhasabah.

*********
          Sedarlah..hati ini pemilik Allah. Nanti akan dipulangkan kepada tuannya. Jagalah dengan baik. Allah itu Maha Mengetahui atas sesuatu. Malulah kepada Allah apa yang berlaku kepada hati kita. Allahurabbi..




Ya Allah, Tuhan Pemilik hati kami,
Tetapkanlah hati kami agar sentiasa taat kepada-Mu,
Menjauhi larangan-Mu,
Sesungguhnya Engkau Maha Melihat & Maha Mengetahui.

Wallahualam.