Halwa Telinga

https://r3---sn-uphxqvujvh-30al.googlevideo.com/videoplayback?sparams=dur%2Cid%2Cinitcwndbps%2Cip%2Cipbits%2Citag%2Cmime%2

Wednesday, 28 May 2014

Jeritan hati untukMu Robbi

Telahku mengadu padaMu Robbi
Tapi masih tidak ku ketemu
Ketemu jalan yang Kau cuba tunjuki padaku

Mungkinkah pergantunganku masih ditahap yang rendah
Atau masih ditakuk yang lama
Mungkinkah juga aku belum yakin sepenuhnya dengan kuasa qudratMu

Aku lumpuh
Aku lumpuh dalam kolam nafsuku sendiri
Nafsu malasku kian menebal
Semangatku kian menghilang
Bimbangku tidak keharuan

Apa mungkin di sebabkan dosa-dosaku
Membuatkan Engkau menghadiahkan semua rasa ini
Tanda hukuman untuk ku sedar bahawa aku hanya sekadar aku
Tiada kuasa atau qudrat yang sanggup melekat dipinggiran diri ini

Ya Allah
Ambil kembali nafsu-nafsu mazmumah ini dariku
Tidak ku pinta pada yang lain selainMu
Tolonglah ambil kembali
Rasa ini membuatkan aku terpenjara sendiri dalam emosi diriku ini

Ya Allah
Semangatku terbang entah Kau bawa kemana
Aku pula masih samar mencari di sebalik kata ujianMu ini
Cukup sudah Engkau untuk segala gerak geri zahir batinku
Ingin ku mencari Mu sahaja
Apakan dayaku dunia masih memburuku

Esok pula hari untukku menempuh ujian
Tetapi aku masih kaku lagi di sini
Masih belumku terasa untuk siap berperang
Apakah maknanya ini Robbi?
Kemana lagi untukku mengadu
Tolonglah hambaMu ini Robbi

Aku hambamu yang tiada berdaya lagi…

Friday, 2 May 2014

~ GURINDAM REJAB ~


Bulan Rejab Allah kasih,
Sucikanlah hatimu supaya bersih.

Bulan ini bulan Rejab;
Mari beramal wahai syabab.

Bulan Rejab dikurniakan berkat;
Rebutlah manusia untuk akhirat.

Bulan Rejab ketujuh hijrah;
Israk mikraj sejarah barakah.

Bulan Rejab tanamlah pohon;
Kelak ganjaran kita mohon.

Bulan Rejab banyak fadilat;
Jika puasa membawa berkat.

Bulan Rejab bulan kedamaian;
Dilarang berperang ada ganjaran.

Bulan Rejab bulan Allah;
Disebut dalam sabdaan Rasulullah.

Bulan Rejab bulan rahmat;
Dia terima segala taubat.

Bulan Rejab banyak ganjaran;
DuakanNYA diminta jangan.

Bulan Rejab dimuliakan Allah;
Kepada DIA kita menyerah.


2 Rejab 1435H
bersamaan 2 Mei 2014 Masihi