Halwa Telinga

https://r3---sn-uphxqvujvh-30al.googlevideo.com/videoplayback?sparams=dur%2Cid%2Cinitcwndbps%2Cip%2Cipbits%2Citag%2Cmime%2

Saturday, 22 February 2014

Surat Rinduku untukmu Muhammad

Tulisan ini semata untuk mu wahai Muhammad. Mataku bergenang dengan cecair putih, hatiku sebak menahan rasa perit merindu mu wahai kekasih Ilahi. Rasa berkecamuk hanya Dia yang Maha Tahu. Jika post-post yang sebelum ini ku hanya tahu ‘copy and paste’ coretan hambaNya yang lain, tapi hari ini biarlah ku qada segala hari yang kutangguh-tangguhkan untuk mencoret sedikit coretan khas untuk mu Muhammad. Ku kira sebelum ini aku tiada kekutan untuk mencoret isi hatiku padamu kerana aku sedar aku hanya insan biasa yang tiada punya apa sedangkan dirimu sanjungan kepada makhluk ciptaanNya. Hampir lebih seribu tahun dahulu kau tangisi kami kerana mengenangkan kami umat kesanyanganmu yang kini telah lemah ditawan musuh. Wahai kekasih Allah, mungkin kau akan lebih parah melihat kami hari ini dalam keadaan lemah sebegini, padahal jika kami sedar kehidupan hari ini adalah kerana rahmat yang dikurniakanNya melalui mu.

Ya Rasulullah..
Kau diutusNya sebagai keselamatan buat kami seisi alam. Kewujudanmu mendahului segala yang ada di muka bumi ini dan kewujudan makhluk lain adalah kerana kewujudanmu.

Ali-Imran 31 : Katakanlah ( Wahai Muhammad) : Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan Dia (Allah) akan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani)

       Wahai kekasih Ilahi. Akalku tahu dan membenarkan akan kewujudanmu. Hatiku ikhlas merelakan namamu disebut direlung hatiku. Tapi hakikat yang harus ku telan ialah kita tidak pernah bersua dan aku masih mengimpikan untuk bermimpi melihatmu. Engkaulah satu-satunya makhluk yang selalu disebut-sebut penduduk dunia sepanjang umur dunia ini masih ada dan engkaulah yang selalu ada untuk di datangkan rahmat oleh Nya oleh sebab engkau wahai Nabi. Tapi hatiku panas apabila dunia seolah-olah tidak pernah tahu akan semua itu, Kenapa tidak di agungkan engkau selayak-layajnya selepas Dia pencipta kita bersama? Padahal engkaulah seagung-agung ciptaan Dia.

Ya Rasulullah..
Diri kami sekarang ini sepenuhnya telah dikuasai Yahudi laknatullah. Yahudi ini juga seperti yang telah engkau sabdakan sangat membencimu dan kerana kebencian inilah mereka bersumpah melenyapkan engkau selamanya dari dunia ini. Tapi bagiku mereka lupa bahawa engkau bukanlah manusia biasa yang hidup hanya dengan jasadnya. Engkau adalah nabi yang hebat kemampuan rohnya hingga mengatasi jasadnya dengan izin kekasihmu Robbi. Bagiku, Yahudi mungkin tertipu dengan kewafatanmu hingga menyangka engkau sudah tiada di hati para umatmu. Tapi kini ku melihat mereka sedang kepanasan menderita kerana sedar bahawa engkau hidup di hati kami yang merindui mu Ya Rasulullah. Oleh sebab itu saudara-sauraku di Syiria, Iraq, Palestin dipijak mereka kerana mereka sedar akan hakikat ini.

Engkau menangis kerana kami wahai kekasih Allah...
Sedangakan pemimpin kami pada hari ini pun belum tentu dapat menangisi rakyatnya yang dilihat jauh melupakan Allah Rabbul Jalil. Menangiskah mereka akan nasib rakyat yang makin dekat di juarng neraka?? Malah mereka sendiri yang menjadi alat Yahudi untukkepentingan diri mereka sendiri.

Engkau bagaikan ayah kepada anaknya, menangisi dan menarik kami ketepian pantai  apabila kami lemas meneguk airnya lautan dunia yang penuh gelombang. Hatimu terlalu memikirkan kami dan hatimu itulah  juga menderita melihat umamtmu dinoda kejahatan bahkan tidak terikat lagi denganmu.

Engkau menangis lagi dan terus berdoa untuk kami. Namun kini, engkau bisa tersenyum kerana melihat ada lagi daripada kalangan umatmu memiliki hati yang sangat merinduimu walaupaun tidak pernah bertemu. Doamu wahai kekasih Ilahi, telah menampakkan hasilnya dengan menganugerahkan kepada manusia yang pandai untuk merindui mu. Baru kini ku menyedari bahawa aku telah lama lari dari mempedulikanmu. Hatiku mula merinrih sayu mengenangkan perjuanganmu untuk membawa kami jauh dari kegelapan. Hidupku selama ini yang hanyut tanpa mempedulikanmu sia-sia semata, sedangkan engkaulah rahmat bagi kami sekian alam. Hatiku mula berdialog menyoal kenapa baru kali ini kutahu bahawasanya ada manusia lain yang lebih menyanyangiku melebihi kasih sayang ayah ibuku sendiri. Kenapa baru kali ini ku tahu bahawa engkau sangat menyanyangiku ya Rasulallah. Engkaulah satu-satunya manusia yang tanpa penat mendoakan kami ummatmu agar selamat dari azabnya neraka dan keselamatan di dunia dan langsung engkau tidak meminta apa-apa balasan sedangkan segala penat lelah engkau korbankan demi kebahagiaan kami di sana nanti

Alhamdulillah aku masih bersyukur kerana diberi kesempatan olehNya untuk aku menyintaimu. Ku kira sudilah engkau mendiamai hatiku ini agar hidup matiku dengan tetap kekal menyebut pengakuan saksi yang keramat ini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bawahawa engakulah Muhammad pesuruh Allah. Sungguh, aku tiada mampu untuk berpisah denganmu lagi, aku sangat menginginkan mu wahai kekasih Allah. Walaupun sikapku kurang membuktikan aku ini menyintaimu tapi aku masih memaksa diriku dalam bermujahadah untuk lebih mendekatimu dengan mengikut sedikit demi sedikit apa yang telah engkau lakukan. Jiwaku sudah penat untuk terus menerus mengikut telunjuk nafsu yang boleh mencelakakan aku di hari esok. Aku tidak mahu lagi. Cukupalah, sudah lama mana maksiat yang ku cemarkan dalam hari-hari dalam hidupku.

Ya Allah..sampaikanlah rasa sebak rinduku ini kepada baginda penyeri alam ini, Muhammad s.a.w...

               

Friday, 21 February 2014

|| siapa Kassim Ahmad? satu kekesalan bagi kita? ||

Aku ada terbaca satu artikel bapak kassim ni , dia berasal dari Kulim, Kedah tapi bekerja di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau belajar di Universiti Malaya,Singapura dan aktif dalam University Socialist Club .
Bapak Kassim ni memimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia bersama Syed Hussin Ali selama 18 tahun. Kemudian beliau menyertai UMNO.Tindakannya turut dikesali oleh penulis dan penyair Usman Awang (Tongkat Warrant). Beliau pernah melawat kubur Karl Marx(bapak sosialis) di London.

Aku kesal dengan Bapak Kassim ni sebab pelopor Gerakan Anti Hadis oleh Dr Kassim Ahmad dan dibantu oleh Osman Ali pada 1985. Dia terpengaruh dengan Dr Rashad Khalifa lalu menulis buku kontroversi 'Hadis : Satu Penilaian Semula'. Buku ini diharamkan oleh Pusat Islam mengikut keputusan Muzakarah Mufti-Mufti Negeri pada 6 September 1995.

Aku melihat mutakhir Kasim ahmad semakin kurang ajar dengan kata-katanya dalam satu KONFERENSI POLITIK NASIONAL ...kata kasim ahmad dalam ucapannya, di manakah kesilapan-kesilapan besar mereka? Saya akan senaraikan beberapa kesilapan besar itu di sini:

(1) Umat Islam pada hari ini tidak mengikut ajaran-ajaran nabi Muhammad dalam Quran. Inilah kesilapan yang besar yang telah mereka lakukan. Mereka ikut satu kasta paderi yang dipanggil ulama, seperti penganut-penganut agama Hindu dan Kristian dulu. Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat khalifah rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri mereka sendiri sebagai pentafsir ugama kepada umat Islam.

(2) Khususnya, kesilapan-kesilapan itu boleh saya senaraikan seperti berikut:

(a) Mereka mendewa-dewakan pemimpin ugama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka – apa yang dikatakan ‘penutupan pintu ijtihad’. Dalam puak ahli sunnah wal jamaah, empat pemimpin besar boleh dikenal pasti, iatu : Imam Shafi’e (767-820), Imam Hanafi (699-767), Imam Hanbali (780-855) dan Imam Maliki (711-795). Dalam mazhab Syiah, mereka ada imam-imam mereka pula. Imam-imam ini telah mereka dewa-dewakan berlawanan dengan perintah Tuhan melarang pendewaan seseorang pemimpin atau sarjana, dan, malah, berlawanan dengan ajaran imam-imam besar itu sendiri.
(b) Mereka mendewa-dewakan Nabi Muhammad. Syahadah yang kedua itu satu bukti. [8] Juga di kebanyakan rumah orang Islam, perkataan-perkataan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ ditulis sama besar dan sama paras. Apabila disebut nama Muhammad, frasa ‘sa’al-Lallahu ‘alaihi wasallam’ (SAW) disebut sekali, sedangkan apabila disebut nama nabi-nabi lain, disebut ‘alihissalam’. Pada hal frasa SAW itu ditujukan juga kepada orang mukmin juga dalam Quran. [9] Juga perkataan ‘salla/yusalli’ bermakna ‘restu’, ‘bantu’ dan ‘sokong’, bukan selawat, seperti yang dibuat sekarang.
(c) Perhatikan satu perubahan baru dalam ‘aurat wanita. Perkataan ‘aurat’ berasal dari bahasa Arab. Ertinya ‘kebogelan’. Tiga puluh tahun dulu, wanita-wanita Islam tidak memakai tudung. Mereka pakai selendang, sehelai kain yang mereka letak di bahu, atau pun di atas kepala tanpa menutup semua rambut, kerana rambut bukan ‘aurat wanita. Menutup rambut dengan bertudung bermakna udara bersih tidak dapat memasuki rambut. Dengan itu rambut menjadi busuk. Dengan lain perkataan, ia tidak sihat. Anehnya, wanita-wanita yang bertudung menganggap diri mereka lebih suci!."

Aku yang baru berumur 22 tahun mungkin tak layak nak menghentam pak Kasim Ahmad yang sudah berumur 80 tahun. dengan orang tua kita kena hormat sikit , tetapi kalau dia kurang ajar melebihi had, ada caranya.
Akhir kata aku berdoa supaya pak kasim ahmad seegera bertaubat kepada Allah atas kata-kata dan perkara yang dibuat .

Rindu Kepada Rasulullah saw‏


Kerinduan yang menggelora itu, akhirnya membuat dia sering melihat Rasulullah dalam mimpi. Suatu malam, ia kembali bermimpi melihat Rasulullah. Dalam mimpi itu, ia merasa seolah berada di padang mahsyar. Di sana ia melihat kumpulan manusia memenuhi padang mahsyar, mereka saling berdesakan, saling tindih satu sama lain. Masing-masing dengan wajah yang telah berubah, sesuai dengan amal perbuatan mereka di dunia. Semuanya terlihat dalam keadaan sangat bingung. Ketika itulah tiba-tiba barisan para malaikat melintas, lalu lewat pula rombongan Rasulullah saw. bersama para nabi, syuhada, para wali dan orang-orang shalih. Lelaki shalih tadi hanya bisa melihat dari kejauhan dan tidak bisa mendekat kepada Rasulullah saw karena desakan para malaikat yang menghalangi orang-orang untuk bisa mendekat. Ketika barisan para malaikat itu melintas maka lewatlah Rasulullah.
 
Lelaki shalih itu juga tidak bisa mendekat, apalagi berbicara dengan beliau. Maka ia, dalam mimpi itu, berkata kepada orang yang berada di sebelahnya, “Jika kelak kamu bertemu dengan Rasulullah maka sampaikan salamku bahwa aku rindu kepadanya. Dulu di masa hidupku di dunia, aku selalu merindukan Rasulullah. Dan jika aku masuk neraka, sampaikan pula kepada beliau, bahwa aku telah berada di tempat yang layak untukku (neraka), sebagai orang yang banyak dosa.”
 
Setelah berkata demikian, barisan yang melintas tadi tiba-tiba berhenti karena Rasulullah berhenti, kemudian beliau berbalik dan berkata, “Wahai Fulan, aku tidak melupakan orang-orang yang merindukanku.” Beliau lalu membuka kedua tangannya, kemudian orang itu berlari dan memeluk sang Nabi Muhammad saw dan menciuminya.
 
Mimpi bertemu dengan Rasul adalah mimpi yang benar. Dan mimpi orang-orang shalih mengandung pelajaran yang kita bisa petik manfaatnya. Terlebih dari orang-orang yang teramat cinta dan rindu kepada Rasulullah saw, Allah pasti berikan hikmah dan keberkahan dalam hidupnya, yang bisa menjadi pelajaran bagi hidup kita.

Dikutip dari Majalah Tarbawi, Edisi 302 Th. 15, Syawal 1434, 5 September 2013

Rasulullah :'(

Sahabat Hikmah...Dalam sebuah riwayat Rasulullah salallaahu 'alaihi wa sallam mengungkapka kepada para sahabatnya ketika sedang duduk:
"Aku rindu... Aku rindu..."
Dan sahabatpun bertanya, "Kepada siapa engkau rindu ya Rasulullah?,"
"Aku rindu kepada saudara-saudaraku.."
... "Bukankah kami ini saudara-saudaramu? Ya Rasulullah?"

"Kamu sahabat-sahabatku dan Aku mencintai kamu, namun Aku Rindu kepada saudara-saudaraku"

.... Sahabat makin tidak sabar dan bertanya lagi, "Siapa mereka ya Rasulullah yang Engkau panggil mereka dengan sebutan Saudaramu dan Engkau Rindukan itu?"

Rasulullah saw menjawab.. "Mereka adalah ummatku kelak yang belum pernah melihat wajahku, belum pernah bertemu denganku, belum pernah berbincang-bincang denganku tapi mereka merindukanku, mereka melanjutkan perjuanganku dan tak jarang mereka menitiskan airmata kerana menahan rindu padaku, Aku rindu pada mereka dan Aku ingin bertemu dengan mereka.."

Salam bagimu Wahai Rasulullah
Salam bagimu Wahai Kekasih Allah,
Salam bagimu wahai kekasih kami..
Turut bergembira atas kelahiran Manusia Suci yang Kerananya diciptakanya 'Alam semesta beserta isinya.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّدٍ

Allahumma salli alaa saidina Muhammad wa alaa ali wassahbihhi wabaarrik wasallim'.

"Kamu sahabat-sahabatku dan Aku mencintai kamu, namun Aku Rindu kepada saudara-saudaraku"
.... Sahabat makin tidak sabar dan bertanya lagi, "Siapa mereka ya Rasulullah yang Engkau panggil mereka dengan sebutan Saudaramu dan Engkau Rindukan itu?"
Rasulullah saw menjawab.. "Mereka adalah ummatku kelak yang belum pernah melihat wajahku, belum pernah bertemu denganku, belum pernah berbincang-bincang denganku tapi mereka merindukanku, mereka melanjutkan perjuanganku dan tak jarang mereka menitiskan airmata kerana menahan rindu padaku, Aku rindu pada mereka dan Aku ingin bertemu dengan mereka.."
Salam bagimu Wahai RasulullahSalam bagimu Wahai Kekasih Allah,Salam bagimu wahai kekasih kami..Turut bergembira atas kelahiran Manusia Suci yang Kerananya diciptakanya 'Alam semesta beserta isinya.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّدٍ
Allahumma salli alaa saidina Muhammad wa alaa ali wassahbihhi wabaarrik wasallim'.

Coretan Rinduku Padanya S.A.W.

“Sesungguhnya Allah telah memberi kurniaan besar kepada orang2 beriman apabila Dia mengutuskan di antara mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri yang mendakwahkan ayat-ayat Allah, menyucikan mereka (daripada syirik dan kufur) dan mengajar Al-Kitab (al-Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah), padahal sebelum ini mereka di dalam kesesatan yang nyata.” (Ali Imran 164)
            Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak beriman seseorang diantara kamu sehingga kehendaknya seperti apa yang disampaikan olehku.”
            Dan baginda s.a.w. bersabda, “Tidak beriman seseorang sehingga dia mencintai aku lebih daripada bapanya, anak2-nya dan manusia semuanya.”
           Lagi baginda s.a.w. bersabda, “Tidak beriman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya (seagama) sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
            Allah telah bagi kerja yang begitu besar kepada Umat Muhammad s.a.w. iaitu kerja dakwah. Inilah kerja yang membuatkan Rasulullah s.a.w. begitu merindui umatnya yang tidak sempat menemuinya tetapi telah mengambil kerja yang dibuat oleh baginda s.a.w.. Sabda Rasulullah s.a.w., “Sesungguhnya aku merindui saudara2 ku.” Para sahabat bertanya “Tidakkah kami saudaramu?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kamu adalah sahabatku, saudaraku ialah mereka yang tidak pernah melihatku tetapi beriman denganku.”(Riwayat Baghawi, berkata Imam Nawawi, “hadis sohih.”)
daie copy 
            Rasulullah s.a.w. begitu mengenali umatnya yang menyambung kerja dakwah baginda. Tak kenal maka tak cinta. Masakan wujudnya rindu jika tiada cinta. Lagi baginda s.a.w. bersabda, “Beruntunglah barangsiapa yang beriman denganku dan pernah melihatku, dan sunguh beruntung, sungguh beruntung, sungguh beruntung, sungguh beruntung, sungguh beruntung, sungguh beruntung, sungguh beruntung barangsiapa beriman denganku walaupun tidak pernah melihatku.” (Riwayat Ahmad)
           Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya), aku bagi jaminan kepada orang yang beriman kepada Allah, menjadikan kehidupan aku sebagai kehidupannya, kerja aku sebagai kerjanya, kerisauan aku sebagai kerisauannya, dan dia keluar hijrah di jalan Allah dengan jaminan sebuah mahligai di pinggir syurga.
            Aku jamin barangsiapa yang beriman kepada Allah dan menjadikan kehidupan aku sebagai kehidupannya, kerja aku sebagai kerjanya dan kerisauan aku sebagai kerisauannya, dan dia berjihad untuk meninggikan kalimah Allah dengan jaminan sebuah mahligai di tengah syurga dan syurga yang tertinggi pada kedudukan nabi-nabi dan syuhada.”
            Dan aku jamin kepada sesiapa yang istiqamah dalam kerja dakwah bahawa dia akan ditakdirkan mati sepertimana cara kematian yang terbaik yang dia kehendaki.”
            Miskin adalah orang yang susah tetapi keperluan dia cukup makan, faqir adalah orang yang keperluan mereka tidak cukup. Umat ini mesti menjadi golongan Muhajirin yang telah mengorbankan segala-galanya untuk mendakwahkan agama Allah sehingga Allah menggelar mereka faqir. Allah s.w.t. berfirman, “Bagi orang-orang faqir dari golongan Muhajirin yang telah dihalau daripada rumah-rumah dan harta benda mereka kerana mencari keredhaan Allah dan menolong Allah dan rasul-Nya, merekalah orang-orang yang benar.” (Al-Hasyr 8)
            Umat ini mesti menjadi Ansar yang telah mengorbankan diri dan harta mereka untuk menolong orang-orang Muhajirin yang keluar di jalan Allah s.w.t.. Firman Allah s.w.t., “Dan orang-orang yang telah menyediakan rumah-rumah dan suasana iman sebelum (kedatangan) Muhajirin, mereka mencintai orang-orang yang berhijrah kepada mereka. Mereka tidak menaruh apa-apa keinginan terhadap apa yang telah diberi mereka untuk kebaikan orang-orang Muhajirin, mereka mengutamakan saudara mereka dari Muhajirin walaupun hidup mereka sendiri memerlukan. Dan sesiapa yang dipelihara daripada sifat kikir itulah orang yang beruntung.”(Al-Hasyr 9)
            Betapa besarnya pengorbanan Ansar, mereka yang mempunyai dua ladang, akan pegang tangan saudaranya dan menunjukkan ladangnya, “Ini dua ladang aku, mana satu yang kamu berkenan menjadi milik kamu.” Seorang yang ada dua rumah, akan pegang tangan saudaranya dan berkata, “Ini rumah aku, mana satu yang kamu ingin jadi milik kamu.”
Bahkan para wanita mengorbankan diri dan keinginan mereka serta bersedia menolong golongan yang berhijrah kerana Allah s.w.t.. Lelaki yang ada dua isteri akan berkata, “Kedua-dua ini isteri aku, mana yang kamu berkenan jadi milik kamu.”
Apabila umat ini menjadi seperti golongan Muhajirin dan Ansar untuk meninggikan agama Allah, Allah akan mewujudkan generasi yang soleh. Allah s.w.t. berfirman (mafhumnya), “Dan selepas mereka akan lahir golongan baik yang berdoa “Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan saudara-saudara kami yang beriman, dan janganlah diwujudkan dalam hati kami sebarang kebencian sesama orang-orang yang beriman, wahai Tuhan kami, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”
16333_106682709345399_100000110105728_166449_2106542_n 
            Kerja-kerja agama mesti diambil dengan sempurna seperti yang dilakukan oleh para sahabat. Suatu ketika seorang Yahudi telah membuat syair menghina Rasulullah s.a.w.. Seorang sahabat telah Tanya Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah s.a.w., si fulan Yahudi telah menghinamu, izinkan aku membunuhnya.” Rasulullah s.a.w. hanya mengangguk. Sahabat ini telah menyusup masuk dalam tembok kaum Yahudi dan bersembunyi di kandang kuda sehingga hari gelap, selepas itu dia telah masuk dan menikam si Yahudi itu sehingga tangannya turut tenggelam dalam perut si Yahudi itu dan dia merobek-robekkan perut Yahudi itu. Selepas itu dia keluar dan bersembunyi semula di kandang kuda. Beliau tidak balik sehingga terdengarnya keriuhan orang ramai tentang pembunuhan Yahudi itu. Selepas sah si Yahudi itu yang terbunuh, beliau telah memanjat tembok dan terjun sehingga kakinya patah. Beliau telah balut kakinya dan terus berlari balik bertemu Rasulullah s.a.w. dan memberitahu perkara tersebut. Rasulullah bertanya, “Kenapa kakimu berbalut.” Beliau barulah teringat kakinya patah dan baru terasa sakit.
Inilah kerja agama sempurna yang telah dibuat oleh para sahabat sehingga lupa kesakitan pada diri. ambillah kerja dakwah ini sehingga kita tenggelam di dalam kemanisannya hingga kita lupa makan dan minum demi khidmat untuk menegak dan meninggikan kalimah Allah di bumi ini.
Ustaz Abdullah Hizri

Anak Saya Bercerita Bukan Untuk Kasim Ahmad..


Beberapa hari lepas, anak lelaki saya yang berumur 9 tahun bercerita pada ibunya satu pengalaman dirinya yang sungguh menggembirakan saya dan isteri, apatah dirinya sendiri.

Katanya, semasa di sekolah, seorang gurunya telah bercerita tentang sirah nabi Muhammad صلي الله عليه وسلم. Penceritaan gurunya itu sungguh menusuk ke dalam diri dan fikirannya sehingga seharian anak lelaki saya ini terbayang-bayang mengenai baginda al Rasul agung itu, sehinggakan dia sukar sekali melelapkan mata ketika hendak tidur pada malamnya.

Dengan izin Allah, dia ceritakan pada umminya, pada malam itu, dia telah bermimpi berjumpa Rasulullah صلي الله عليه وسلم. Katanya, dia melihat seorang lelaki berjubah putih bersinar sedang bersama beberapa oranh lelaki yang lain. Dia hanya dapat melihat tangan, kaki dan pakaian sahaja. Wajah dan selebihnya adalah cahaya bersinar yang sungguh indah.

Dalam takjub melihat dan menikmati susuk lelaki yang hebat itu, tiba-tiba salah seorang lelaki yang berada bersama berseru kepadanya, "Ya Rasulallah.."

Sebaik mendengar seruan itu, anak saya terus terjaga dan sedar dari mimpinya itu. Suasana kegembiraan begitu membalut dirinya saat terjaga. "Sungguh cantik nabi kita, ummi." Itulah ucapan yang terucap oleh anak lelaki saya itu saat bercerita pada ibunya.

Apabila isteri saya menceritakan kembali kisah itu pada saya, hati saya sungguh gembira sekali, hatta saat menulis ini pun, mata saya bergenang kegembiraan. Alangkah bertuahnya anak saya. Saya beritahunya agar bersyukur pada Allah kerana diberi anugerah dapat melihat baginda Rasulullah صلي الله عليه وسلم dan saya nasihatkannya agar sentiasa menjaga solat lima waktu.

Bermimpi berjumpa Rasulullah adalah impian setiap muslim. Ini kerana baginda telah menegaskan bahawa bermimpi menemui baginda adalah benar. Syaitan tidak diberi keizinan oleh Allah untuk menyerupai baginda walau di dalam mimpi. 

Mimpi mungkin datang dalam mimpi setiap kita kerana mainan nafsu dan diri. Ia mungkin gangguan syaitan. Dan ia juga kadang kala adalah mimpi yang soleh dan baik daripada Allah.

Mimpi, walaupun yang soleh, tidak memberi apa-apa kesan hukum syariat dalam kehidupan. Ia juga tidak memberi apa-apa jaminan kebaikan dan kemaksuman dari dosa terhadap sang pemimpi, apatah untuk dijadikan hujjah dalam berhukum dan bersyariat. 

Mimpi hanyalah anugerah dan berita gembira daripada Allah agar kita bersyukur, bersemangat dan bertambah keyakinan terhadap kebenaran ajaran ugama Islam yang dibawa oleh Rasulullah. 

Bermimpi menemui baginda adalah sebaik-sebaik mimpi. Ia adalah kenikmatan peribadi yang tiada taranya. Mimpi itu urusan ghaibiyyat yang sukar difahami manusia. Ia hadir dalam tidur dan tiada siapa mampu menentukannya. 

Rasulullah adalah nikmat kehidupan ini. Baginda rahmat buat sekelian alam. Baginda adalah obor dan cahaya yang menerangi dengan petunjuk, hidayat, keterangan dan bukti. 

Sesiapa yang beriman dengan kerasulan baginda, menyokongnya, membantunya dan mengikuti cahaya yang dibawanya, mereka itulah orang-orang yang berjaya dan memperoleh kemenangan.

Manakala barang siapa yang mengingkari baginda atau mengurangkan segala kelebihan pada baginda daripada kurniaan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang sesat.

Apabila manusia melalui jalan yang sesat, maka dia akan sentiasa tersesat dalam perjalanannya dari awal hingga akhir tanpa beliau sedari. Itulah seburuk-buruk kehidupan.

Apabila saya ditanya, mengapa Kasim Ahmad mengira jalannya adalah jalan yang lurus, saya hanya menjawab, "Kerana dia berjalan di atas jalan yang sesat."

Nik Mohamad Abduh -

KERINDUAN BILAL BIN RABAH PADA RASULULLAH SAW


Bilal bin Rabah r.a merupakan antara sahabat yang rapat dengan baginda Rasulullah saw. Beliau seorang lelaki berkulit hitam, namun hatinya putih dengan wudu’ yang sentiasa dijaga. Semasa Isra’ dan Mikraj juga Nabi SAW yang mendengar tapak kakinya di dalam syurga, walhal beliau masih hidup di bumi yang maha fana’.

“Wahai Bilal, apakah amalan yang kamu tidak pernah tinggal? Sesungguhnya Aku mendengar tapak kakimu sudah berada dalam syurga” Nabi SAW bertanya setelah pulang dari perjalanan Isra’ dan Mikraj.

Bilal menjawab, “Aku tidak akan melakukan azan melainkan aku akan solat dua rakaat terlebih dahulu. Apabila aku berhadas, pasti aku akan berwudu’, selepas itu, aku akan menunaikan solat dua rakaat”.

Beliau pernah menjadi hamba kepada seorang kafir, Umayyah bin Khalaf yang sangat membenci Islam. Semasa Bilal masih hamba, berita keislaman Bilal menyebabkan dia menjadi berang, sehingga sanggup menyeksa Bilal sezalim-zalimnya. Bilal diterlanjangkan dan dijemur di bawah kepanasan padang pasir. Tak cukup dengan itu, sebiji batu besar di hempap pula ke atas dada Bilal. Namun, apa yang keluar dari mulut Bilal pada masa itu hanyalah “ahad, ahad dan ahad”, sebagai tanda ketauhidan bilal terhadap Allah SWT.

Abu Bakar As-Siddiq R.A berasa sangat kasihan dengan kezaliman itu telah membeli Bilal dan memerdekakannya. Umayyah telah dibunuh Bilal dalam peperangan Badar. Umayyah terbunuh dengan tetakan pedang yang dilakukan oleh Bilal. Sebelum tetakan terkena lehernya, kelihatan diwajahnya rupa ketakutan, tidak seperti Bilal yang diseksanya dahulu.

Sejak Islam, Bilal terlalu rapat dengan Nabi SAW. Walaupun kulitnya yang hitam, tidak pernah dijadikan perasaan ’geli geleman’ dalam hati Nabi untuk menjadikannya sebagai sahabat yang rapat.

Di saat azan disyariatkan, Bilal dilantik oleh Nabi SAW sebagai Muazzin. Perlantikan yang membawa satu pengiktirafan terhadap keimanan dan keislaman Bilal sehingga ke hari ini.

Selepas kewafatan Nabi, Bilal berasa sedih yang teramat sangat sehingga beliau tidak sanggup melihat maqam Nabi SAW. Apabila melihat ke Makam Nabi, pasti matanya menitiskan air.

Tidak sanggup menahan kerinduan, dia berjumpa dengan Abu Bakar As-Siddiq yang baru dilantik menjadi Khalifah dan meminta izin untuk berpindah ke negara lain. Dia tidak sanggup untuk menjadi muazzin di saat Nabi SAW tidak dapat dilihat lagi.

Dengan pujukan dan rayuan, Abu bakar As-Siddiq memintanya kekal sebagai muazzin. Dengan berat hati dan bertanggungjawab, tidak sanggup dia menolak permintaan Abu bakar As-Siddiq yang menyelamatkannya dari seksaan Umayyah bin Khalaf di awal Islamnya dahulu.

Di awal pemerintahan Umar bin Al-Khattab menjadi khalifah, permintaan yang sama diajukan oleh Bilal. Dengan kebenaran Umar, dia berhijrah ke Syria. Tinggal di sana, meneruskan sisa hidup dengan berdakwah dan berjihad. Dia tidak mengabaikan tugasan dakwah yang ditarbiyyah oleh Rasulullah SAW.

Semasa di Syria, dia telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW.

“Wahai Bilal, apakah kamu tidak merinduiku? Apakah kamu tidak mahu menziarahiku?” soal Nabi Muahmmad SAW dalam mimpi Bilal.

Sedar dari mimpi, Bilal berasa sangat sedih. Rinduannya terhadap Nabi semakin meluap-luap. Air matanya mula menitis. Dia terus berazam, akan ke Madinah untuk menziarahi makam Nabi SAW untuk menghilangkan rinduannya terhadap Rasulullah SAW.

Sesampai di Madinah, Bilal meluru ke kubur Nabi SAW. Melihat kubur Nabi, dia menekup mukanya, kelihatan air mata Bilal menitis. Dia berjumpa dengan cucu Nabi SAW, Hasan dan Husain. Dia memeluk dan mencium kedua-duanya.

Dalam suasana kesedihan itu, Hasan dan Husain berkata, “Pak Cik Bilal, kami terlalu ingin mendengar azan kamu”

Pemintaan dua cucunda Nabi SAW itu tidak dihampakan. Beliau naik di atas bumbung dan memulakan laungan azan.

“Allahu akbar, Allahu akbar… Allahu Akbar, Allahu Akbar” laungan pertama menyebabkan seluruh madinah kaku. Ramai rakyat madinah terkejut. Mereka keluar dari rumah masing-masing.

Apabila sampai laungan, “Asyahadu Anna muhammad Rasulullah” keadaan kaku Madinah itu telah bertukar dengan tangisan manusia.

Tangisan yang berpunca dari kerinduan mereka terhadap nabi SAW. Kerinduan bersama kekasih Allah yang merupakan seorang pemimpin yang tercinta. Semasa Bilal di Syria, beliau tidak dilantik menjadi muazzin. Lagipun, sebarang permintaan terhadap beliau untuk jawatan tersebut, pasti akan ditolak.

Di saat Umar bin Al-Khattab menjadi Khalifah, beliau telah menziarahi Syria. Memandangkan orang Syria tidak pernah mendengar azan laungan Bilal, mereka berjumpa dengan Umar, meminta agar Umar memohon untuk Bilal melaungkan azannya.

Awalnya, permohonan Umar itu ditolak, tetapi setelah diminta untuk satu solat sahaja, maka Bilal pun akur. Bilal naik di atas menara, dan memulakan laungan azannya. Sahabat-sahabat Nabi SAW yang berada di Syria menangis mendengar azan Bilal tersebut, sedang orang yang paling keras menangis ketika itu adalah Umar bin Al-Khattab sendiri.

Inilah Bilal bin Rabah, seorang sahabat yang tidak mempunyai rupa yang cantik, tetapi perjuangannya dalam memenangkan dan mengembangkan Islam ternyata ikhlas, malah terbukti diterima oleh Allah SWT semasa hidup beliau lagi.

Beliau meninggal dunia di Syria sewaktu umurnya 60 tahun lebih. Beliau meninggal dunia pada tahun 20 hijriah. Mengikut riwayat lain, beliau meninggal dunia pada tahun 21 hijriah.

Ikhwanul Mujahid -

Kisah benar di bumi bertuah Syam..


Kisah ini merupakan kisah seorang pemuda berusia 16 tahun yang dijumpai mati ketika operasi mencari jasad syuhada' yang dilakukan oleh Mujahideen disebuah kawasan di Syria. Mereka terjumpa sebuah buku nota kecil di dalam poket pemuda tersebut lalu membacanya. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat kesemua isi yang ditulis didalam buku tersebut ialah senarai dosa yang dilakukan oleh pemuda tersebut. Dan lebih memeranjatkan lagi apabila kesemua perkara yang ditulis sebaga 'dosa' itu merupakan sunnah-sunnah yang gagal dilakukan oleh pemuda tersebut pada minggu itu. Berikut adalah sunnah-sunnah yang gagal dilakukan oleh pemuda tersebut:

Isnin: Saya tidur tanpa wudhu'.
Selasa: Saya ketawa dengan suara yang kuat.
Rabu: Saya solat dengan cepat pada malam itu.
Khamis: Semasa kami bermain bola sepak dan saya berjaya menjaringkan gol, saya berasa bangga.
Jumaat: Saya gagal berselawat sebanyak 1000 kali ke atas Nabi Muhammad SAW dan hanya sempat berselawat sebanyak 700 kali.
Sabtu: Salah seorang pemimpin Mujahideen memberi salam dan saya tidak membalasnya.
Ahad: Saya terlupa berzikir pada pagi itu.



Pemuda ini menganggap meninggalkan sunnah itu merupakan satu dosa. Subahanallah! Sifat mulia pemuda ini sangat jauh berbeza dengan kita semua. Semoga Allah menempatkan pemuda ini dikalangan orang-orang Soleh.

Admin Ibnu Al-Fateh -

Thursday, 20 February 2014

Dialog Seorang Naqibah..


Seorang junior meluahkan rasa tentang mad'u yang harus dibimbing..

Junior : Akak, macam mana nak buat usrah jadi best macam akak buat?
Senior : kamu pernah masuk usrah akak? Macam mana kamu tahu usrah akak best?
Junior : Tak. Kawan saya bagitau, dia join usrah akak. Saya rasa rendah diri dan layak la akak.. saya 'orang bawahan' je..

Senior : (^_^) beginilah, handle lah usrah itu dengan menganggap bahawa kamu adalah ahli usrah sama dengan adik2 yang lain. Buatlah sesuatu perkara yang menyeronokkan sebagai seorang anak usrah. Tak perlu syok sendiri sbgai kakak usrah yg ikut silibus. Make your usrah fun and happy.. silibus no 2.

Soal orang bawahan itu tak penting.. Allah tak melihat usaha dakwah kamu berdasarkan kedudukan kamu sebagai "orang atasan atau bawahan" walaupun ada "segelintir makhluk" menilai dakwah kamu berdasarkan jawatan..

Junior : terima kasih kak, terima kasih kerana memahami.
Senior : 

................................................................................................................



"Usrah bukan sekadar duduk-duduk di dalam bulatan yang lesu, namun usrah juga mampu membawa kita menjadi srikandi yang qawiy!"

Kata seseorang.

Benar.

Cinta yang kalian tebarkan, membawaku ke ladang cinta dalam menyantuni jiwa-jiwa yang lainnya.

Mari himpunkan kekuatan dengan berpaut pada yang Maha Kuat, Allah.
Mari mencuba semampu jiwa, untuk mengabaikan ketakutan tentang sulitnya perjalanan.

Semoga dalam jagaan cinta Tuhan.
Tetap gagah melangkah meraih mardhatillah.

Jalan saja.

Infiru!
Jadilah seorang MURABBI yang IKHLAS dalam melamar hati mad'u. fullstop!!


Aku dan Naqibah

Alhamdulillah..untuk kesekian kalinya blog ini lahir telah selamat lahir dari tikaman jari jemari pada keyboard ini insyaa Allah. Untuk beberapa hari lagi pula aku akan bergelar insan yang menjadi naqibah untuk sem ke 2. Moga dipermudahkanNYA.. Aminn

“Jadilah seorang yang membuat perubahan dalam hidup seseorang.”


Menjadi naqib(ah) adalah satu anugerah pengalaman yang tidak ternilai dalam hidup kita. Ia juga menjadi salah satu perkara yang paling mencabar.

Hubungan: Asas kepada Usrah
Segala impak yang ingin kamu berikan kepada adik-adik usrah kamu semuanya bermula dengan hubungan. Hubungan adalah asas kepada usrah yang berjaya. Menjalin hubungan yang kukuh mengambil masa dan menguji kesabaran. Hubungan yang baik bukan dibina atas dasar berkongsi rahsia, tetapi melalui empati dan memahami. Dalam hubungan ini, memerlukan saling mengambil berat, respect dan memahami. Ia menjadi fokus dalam menjamin pengendalian usrah yang berjaya.


Tingkap Johari



Kunci bagi sesuatu hubungan terletak pada percaya. Jangan menganggap adik-adik usrah kamu begitu mudah untuk percaya kepada diri kamu pada perjumpaan pertama. Sepertimana hubungan yang lain, kamu perlu memberikan adik-adik usrah kamu masa bagi menanam kepercayaan kepada kamu dalam diri mereka. Umpama biji benih, memerlukan masa bagi bercambahnya akar untuk memegang tanah. Masa demi masa yang berlalu menguatkan lagi cengkaman akar kepada tanah. Tingkap Johari adalah model bagi menggambarkan proses ini.

Tingkap Johari: Proses Pendedahan Diri dan Memahami Manusia dalam Perhubungan.
Tingkap Johari merupakan salah satu model yang berguna dalam menjelaskan interaksi manusia. Ia memudahkan kita memvisualkan empat tahap yang wujud dalam hubungan kita. Dalam setiap tahap perhubungan, sesetengah maklumat boleh dikongsi atau dielakkan daripada dikongsi, terpulang kepada kebolehpercayaan kita terhadap seseorang. Maklumat berkenaan diri dan penafian berubah mengikut masa yang kita habiskan bersama-sama mereka. Peningkatan atau penurunan amaun kebolehpercayaan kita kepada seseorang dipengaruhi oleh hubungan. Apa yang kita peroleh mengenai diri seseorang sebahagian besar adalah daripada pendedahan diri dan komunikasi interpersonal.
The Open Pane menunjukkan diri kamu yang terbuka. Ia mengandungi maklumat tentang diri yang kamu tunjukkan atau disedari. Pada pertemuan pertama, hanya sedikit sahaja yang didedahkan.. Tetapi, semakin banyak masa yang diluangkan bersama dan semakin mengenali antara satu sama lain, semakin banyak perkara yang dikongsikan. Nama, ciri-ciri fizikal, umur, bidang pengajian, kesukaan dan tidak suka adalah contoh maklumat yang dikongsikan.
The Blind Pane menggambarkan bahagian diri kamu yang kamu sendiri tidak sedar. Ia mengandungi maklumat tentang diri kamu daripada pandangan orang lain. Ramai orang yang tidak sedar kesalahan ataupun kelebihan mereka.
The Hidden Pane ialah pengetahuan diri yang terlindung daripada orang lain. Ia mengandungi maklumat yang kamu tahu tentang diri kamu, tetapi tidak mahu diketahui oleh orang lain. Kita sangat memilih dalam berkongsi maklumat dalam perkara ini. Jika hubungan semakin akrab, kita akan berkongsi lebih banyak maklumat. Contoh perkara ialah saat memalukan, ketakutan, atau peristiwa yang paling disesali.
The Unknown Pane ialah maklumat berkenaan diri yang kamu dan orang lain tidak sedari. Pendidikan dan pengalaman hidup akan membantu mengenalpasti misteri ini. Perkara yang kamu rasa tidak mampu lakukan dan reaksi kamu pada insiden yang kamu tidak pernah jangkakan.

Apabila kita mendapat kepercayaan dari seseorang atau memberi kepercayaan kepada seseorang, kawasan yang digambarkan pada open dan hidden berubah. Apabila kesedian untuk pendedahan diri meningkat, manusia akan mendedahkan lebih banyak maklumat tentang diri, yang lebih menarik mereka menemui maklumat diri mereka daripada pandangan orang lain.