Halwa Telinga

https://r3---sn-uphxqvujvh-30al.googlevideo.com/videoplayback?sparams=dur%2Cid%2Cinitcwndbps%2Cip%2Cipbits%2Citag%2Cmime%2

Sunday, 2 November 2014

Perbuatan NYA

Ya.. Aku diuji dengan Mursyidku sendiri. Kalam ini tajalliNya kepada Mursyid untuk disejukkan kembali hati yang dilema.

“Maka Dengarkan!
Wahai sekelian ahli yang melalui jalanku ini, bahawa ma'rifahmu akan diuji dan pasti diuji Allah dan tiadalah dayamu untuk menghindar ujian itu dari terkena padamu kerana ianya datang dari Khalik yang mencipta dirimu dan yang telah menulis takdirmu dengan kebijaksanaanNya semenjak engkau belum diciptakan.

"dan Kami PASTI akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, JIWA dan buah-buahan..." 2:155

Dan apabila telah sampai ujian Allah mengenai kamu maka jalan yang perlu engkau ikuti tiada lain hanya SABAR dan selain itu kamu akan binasa.

"... dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." 2:155

Dan ketahuilah hakikat sabar itu adalah kamu memandang ujian itu datangnya dari Allah (yakni kamu meredhainya dan hati akan merasa tenang), dari tangan-tangan Allah (yakni kamu meredhainya dan hati akan merasa tenang) dan Allah sendiri yang membuatnya (yakni kamu meredhainya dan hati akan merasa tenang). Maka seseorang itu baru boleh bersabar jika ia melazimi syuhud. Perhatikan dalam ayat dibawah bagaimana Allah menerangkan hakikat sabar.

" (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" 2:156

Kata-kata inna lillahi wa inna ilaihi raji'un itu pasti datang dari hati yang mengingati Allah dengan ketawhidan. Jika tidak, bagaimana kata-kata sebegitu boleh terlafaz? Maka hakikat sabar itu ialah hati yang sentiasa dalam keadaan syuhud (melihat segala yang berlaku adalah perbuatan Allah dan meredhainya) apabila berhadapan dengan ujian Allah.

Setelah hal yang demikian dilakukan ketika ujian atau musibah datang maka Allah memberi jaminanNya..

"Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah yang mendapat petunjuk" 2:157

Kesimpulannya iman kamu akan diuji sesuai dengan tingkatan kefahaman kamu terhadap Allah kemudian Allah telah tunjukkan cara bagaimana mengharungi setiap ujian yang menimpa iaitu dengan sabar. Maka beradablah dihadapan Allah dengan sikap sabar kerana pada hakikatnya kamu sedang berhadapan dengan perbuatan dan takdir Allah.”

-         - Mursyid -