Halwa Telinga

https://r3---sn-uphxqvujvh-30al.googlevideo.com/videoplayback?sparams=dur%2Cid%2Cinitcwndbps%2Cip%2Cipbits%2Citag%2Cmime%2

Wednesday, 8 October 2014

KABIR 2

Tak usah ditanya
Apakah mazhabnya Auliya
Semua orang semua golongan
Tidak kira siapa gerangan
Semuanya menuju yang Esa
Tidak kira siapa dia
Kabir berkata: “Wahai saudaraku sekalian
Di hadirat Allah tiada perbezaan.”




HURAIAN 2
Menurut Kabir, Auliya Allah itu tidak perlu mazhab. Mazhab itu hanya cara-cara sahaja bukan matlamat. Matlamat itu satu sahaja iaitu Allah Yang Maha Esa. Semua orang dan golongan pada hakikatnya menuju Allah belaka, samada dia tahu ataupun tidak. Semuanya akan kembali kepadaNya.

Mazhab dan golongan itu timbul kerana adanya perbezaan pendapat. Masing-masing membuat pendapat dan tafsiran mereka sendiri. Menurut pendapat Auliya, kata Kabir, cara dan jalan itu banyak tetapi matlamatnya satu jua iaitu Allah. Berbagai-bagai tariqat dan berbagai-bagai pemikiran atau idea timbul dari hasil penyelidikan mereka, tetapi semua itu menuju yang Satu jua.


Oleh  itu, pada hakikatnya di sisi Allah tidak ada perbezaan. Semua sama sahaja. Apabila orang itu sampai pemikiran dan tahap kesedaran jiwanya kepada keesaan Allah, nescaya dia nampak betapa tidak adanya perbezaan di sisi Allah. Dia akan tahu apa yang dikatakan ‘Matlamat itu adalah Allah semata-mata’.

No comments:

Post a Comment