Aku berjiran hampir bertahun lamanya dengan
atok ini, tetapi jarang bertemu muka kerana aku bersekolah diluar kampungku.
Hanya keluargaku yang mesra padanya dan hari ini berkebetulam cuti umum aku
melihatnya rajin menyiram susunan bunga yang ditanam aruah isterinya di dalam
pasu yang pelbagai corak warnanya itu.
Senyuman ku lemparkan apabila mata bertemu mata
sesama kami. Sesaat kemudian lambaian tangan menjadi tindakbalas sesama kami.
Mungkin ini kali kedua selepas dua tahun dia membuat kenduri tahlil arwah
isterinya.
Dia mempelawaku menikmati segelas air suam yang
sememangnya sudah dihidangnya. Walaupun sedikit kekok dan janggal, kugagahkan
diri untuk bertamu di ruangan taman rumahnya. Indah, berseni orangnya.
Tetapi hati ini pula suka mempersoalkan akan
tindakannya. Hatiku mula berbicara tanpa lisan. Apakah tetamu dihidangkan
dengan hanya segeas air suam sahaja?
Pandai pula dia membaca reaksi kejanggalan yang
mula terpamer di riak wajahku. Tersenyum sahaja dia melihat reaksi spontan ku
itu, “Silalah minum cu,” pelawanya.
“Kopi? In syaa Allah atuk boleh sediakan.” Dia
bertanya sambil tersenyum melihat aku menghabiskan separuh air dari gelas
tersebut.
Aku mengangguk sambil tersenyum.
Dibukanya uncang yang mengandungi
beruncang-uncang kopi. Kemudian dimasukkannya satu uncang ke dalam cawan. Air
panas dituang perlahan. Bau kopi mula menyegat hidung dan tekstur warnanya mula
berubah menjadi hitam pekat. Mataku menyebabkan tekakku tidak sabar untuk
meminum kopi tersebut.
“silakan,” dijemputnya aku untuk merasa kopi
air tangannya itu.
Buat kesekiankalinya aku merasa pelik dengan
sikap jiranku ini. Dia mempelawaku minim tetapi tidak dimasukkannya gula di
dalam kopi tersebut.
Sekali lagi dia bertanya, ‘Mahu gula?”
“Sesudu pun sudah cukup tok”, jawabku sambil
tersenyum. Barulah terasa kelazatan yang original dari kopi ini.
Selesai kami minum, kami mula berbicara untuk
lebih kenal dengan lebih dekat lagi. Aku mula bertanyakan soalan daripadanya
“bagaimanakah cara supaya kita yang jarang berjumpa ini supaya kita sentiasa
mengingati dan diingati? Saya bertanya apabila mengingatkan selepas ini mungkin
kita akan berpindah dan mungkin akan bertemu dengan jiran baharu pula”
Tindakannya dia menjawab soalanku dengan
bertanyakan soalan juga kepadaku, “Saya pelawa tetamu saya hanya sekadar minum
air suam, kemudian kopi tanpa gula. Apa perasaan cucu selepas atok berbuat
demikian?”
Aku menjawab. “Sudah pastilah semakin lama
semakin enak. Walaupun mula-mulanya tawar tetapi dikemudiannya semakin manis.”
Aku menghabiskan sisa-sisa dari air yang ku minum tadi sehingga kering gelas
tersebut.
“Begitulah diri kita akan diingati.”
Dahiku berkerut seribu, maksudnya tidak dapatku
tangkap. “Bagaimana tu tok?”
“Ingatan seseorang itu muncul dari pelbagai
sumber. Apabila diadun dengan seimbang kesemua sumber itu semakin mendalamlah
ingatan kita pada orang tersebut. Ingatan kita kepada seseorang yang kosong
isinya maka rasanya samalah seperti secawan air suam tadi. Manakala ingatan
yang matang dan mantap isinya samalah juga seperti secawan kopi tadi. Lengkap
isinya.” Jawabnya menerangkan padaku.
Barulah aku mengerti maksud sebenar yang atuk
cakapkan padaku dahulu bahawa manusia diingati kerana tujuh perkara.
“Owh maksudnya kita mengingati kerana seseorang
itu memiliki ciri-ciri hebat yang menarik kita untuk mengingati mereka,
begitukah tok?”
Dia mengangguk sambil tersenyum, “Dalam
kehidupan ini, kita akan bertemu dengan mereka yang mempunyai ciri-ciri hebat
seperti pengalamannya, rekod kejayaannya, kebolehannya, karekternya,
rangkainnya, gerak hati yang positif dan yang penting ilmunya.”
Tergores senyuman di bibirnya hadiah untukku
untuk menunjukkan bahawasanya aku juga boleh melakukannya. Katanya lagi
“Ingatan seseorang pada kita menunjukkan kita juga berpengaruh padanya.”
- cerita kecilku -
- cerita kecilku -
No comments:
Post a Comment